Monday, March 26, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 22,Strong Heart 10,The Truth Is Hard To Swallow-Coretan 79

Fiman Allah SWT dalam ayat 70 surah AlAhzab”Wahai orang yang beriman!Bertaqwalah kapada Allah,dan katakanlah sentiasa perkataan yang tepat membawa kapada kebenaran.”

Pentafsiran ringkas dari ayat ini ialah orang yang mengaku dirinya beriman dan bertaqwa semestinya bersedia pada bila-bila masa dan keadaan,wajib bercakap benar mengikut apa yang sebenarnya diketahui oleh beliau terhadap sesuatu isu,tanpa mengambil kira isu itu menguntungkan beliau atau pun sebaliknya.Bercakaplah perkara yang Allah SWT sendiri yang memberi untung kapada kita.Bukannya kita mengharap untung dari pihak lain.Ini bermakna dalam masa,persekitaran dan khalayak yang berbeza kita tetap berpegang dengan kepercayaan yang sama,iaitu kebenaran.

Realiti Dalam Kehidupan

1.Telah menjadi kebiasaan bahawa kebanyakkan ketua atau pemimpin masyarakat cuba melakukan berbagai usaha untuk meningkatkan sokongan dan cuba untuk mengelakkan sesuatu yang kontraversi yang boleh mengurangkan sokongan.Ini mendorong mereka melakukan apa-apa sahaja iktiar atau aktiviti,walaupun mungkin ada diantaranya bertentangan dengan syariat islam dan boleh menjatuhkan akidah.Sekiranya orang agama yang ada kredibiliti menegur kesalahan perbuatan tersebut,maka teguran ini tidak disenangi oleh para ketua masyarakat yang terlibat.

2.Telah juga didapati orang agama terlalu cepat dan seronok mengeluarkan sesuatu pendapat atau fatwa mengenai sesuatu isu yang bersifat kontraversi.Beliau nampak seolah-olah dengan sengaja ingin mendapat publisiti bahawa dialah orang yang berani bercakap benar mengenai isu tersebut.Akibatnya beliau diwaktu yang berasingan pula oleh sesuatu sebab yang beliau sendiri mengetahuinya,akan membuat fatwa yang berlaianan demi untuk mengawal kerosakkan yang dibuat akibat fatwa yang terdahulu.

3.Telah juga menjadi pengetahuan umum bahawa para ketua masyarakat akan bercakap perkara yang berlaianan dimasa,kalayak atau tempat yang berbeza,mengenai isu yang sama.Disini cakap lain,disana cakap lain.Depan orang islam cakap lain,depan orang bukan islam cakap lain.Dalam Negara cakap lain,luar Negara cakap lain.

Tips

Semua contoh-contoh diatas yang sebenarnya pernah dan mungkin akan terus berlaku dalam kehidupan kita adalah mengambarkan bahawa scenario dimana the truth is hard to swallow adalah benar-benar wujud.Kita selaku seorang professional yang think big dream high dan memilikki strong heart,wajib mengelakkan diri kita dari sama terlibat.Walau sepahit mana sekali pun pill,kita wajib menelannya.Ia adalah mujarat untuk menyembuhkan penyakit yang sedang kita hidapi.

1.Kita bukan sahaja mesti bercakap benar setakat yang kita tahu dan fahami,tetapi kita juga hendaklah berusaha bercakap dengan cara yang tepat dengan fakta,hukum atau fatwa.

2.Kita bukan sahaja mesti bercakap selari dengan fakta,hukum dan fatwa tetapi mesti sampai kapada maksud dan pengertian tentang apa yang kita perkatakan itu.Ini dapat mengelak dari berlakunya salah pentafsiran dengan maksud apa yang kita telah perkatakan.Mengatakan dengan maksud yang benar dapat mengelak dari berlaku kekeliruan dalam masyarakat,khususnya dikalangan umat islam.

3.Kita bukan sahaja mesti bercakap benar bertepatan dengan fakta dan maksudnya yang jelas,tetapi kita mesti mampu mengatakan perkara yang sama dalam persekitaran yang berbeza,pada masa yang berbeza dan dihadapan khalayak yang berbeza.Ada pendapat mengatakan kita perlu berhemah,tetapi dalam soal fakta,hukum dan fatwa kita tidak boleh mengadainya demi atas sebab-sebab populariti,politik atau keduniaan.

4.Kita bukan sahaja perlu mengatakan yang hak dan benar,tetapi kita semasa bercakap tidak boleh berpusing-pusing dan berbelit-belit demi untuk mengambil atau menjaga hati mana-mana pihak yang berkepentingan.Kita tidak sepatutnya dengan sengaja berniat untuk mengelak dari menyampaikan maksudnya yang sebenar dengan terang dan jelas.

5.Kita bukan sahaja berani menyampaikan yang benar,jelas dan nyata,tetapi kita juga mesti menzahirkan kebenaran tersebut dalam amalan perbuatan dan kehidupan harian kita.

Tafsiran Allahyarham Maulana Abdullah Yusuf Ali.adalah menjadi rujukan utama coretan ini.

Monday, March 19, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 21,Strong Heart 9,Bad Things Don’t Last Forever-Coretan 78

Semua masyarakat bertamadun didunia mempercayai bahawa,semua perkara buruk yang dilakukan oleh sesaorang akhirnya,lambat laun akan terbongkar juga kebenarannya.However long the night,the dawn will break.Ini adalah seolah-olah telah menjadi hukum alam semulajadi kehidupan kita manusia.Ini lah juga menandakan bahawa Allah SWT sebenarnya berperanan.Hanya manusia yang angkoh dan tidak beriman sahaja melakukan sesuatu mengikut selera sendiri dan menafikan adanya peranan Allah SWT.Usahkan setiap perbuatan kita,apa-apa sahaja yang terlintas disudut hati kita pun Allah SWT Yang Maha Mengetahui,mengetahuinya.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Semakin tinggi pelajaran,semakin tinggi jawatan dan semakin tinggi kedudukkan sesaorang itu dalam masyarakat,semakin ganas sesaorang itu melakukan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.Dalam bahasa ilmu statistik,seolah-lah macam ada korelasi pula diantara pelajaran,pangkat dan status sosial sesaorang itu dengan kelakuan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

2.Semakin tinggi pelajaran,semakin tinggi pangkat,dan semakin berpengaruh sesaorang itu,maka semakin kerap dan bertambah nilai penyalahgunaan kuasa dan rasuah sesaorang itu.Ketua jawatan A,melibatkan berbillion,jawatan A,beratus million,timbalan A berpuluh million,taraf pegawai A bermillion dan begitu lah seterus yang paling bawah pun melibatkan beratus atau berpuluh USD equivalent.Ia juga semacam ada korelasi diantara tingkat pelajaran,pangkat dan status sosial sesaorang dengan jumlah penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Tips

1.Sesiapa yang berkuasa dan ikhlas,sepatutnya mempunyai courage untuk merombak system pentadbiran Negara dengan menutup langsung ruang-ruang dan kelemahan system tersebut supaya dapat mengelak sama sekali percubaan untuk menyalahguna kuasa dan rasuah oleh sesiapa dan pada peringkat mana sekali pun.

2.Sistem terbaik adalah system yang mengambil kira elemen-elemen keterbukaan,akauntabiliti,kebertanggungjawaban dan corporate covernent dalam segala aspek yang berkaitan dengan segala bentuk keputusan yang melibatkan tender,projek atau peluang-peluang perniagaan.

3.Sesiapa yang berkuasa hendaklah mengamalkan budaya cakap serupa bikin.Menyeru orang lain lebih mudah dari menyeru diri sendiri untuk tidak melakukan apa-apa bentuk kesalahan.Diri sendiri jangan sekali-kali melakukan apa-apa bentuk penyalahguna kuasa,dengan sendirinya orang lain juga akan mengikuti budaya perkhidmatan dan pergurusan yang murni ini.Sekiranya orang lain beranggapan kita terlibat dengan kesalahan,ini akan mendorong orang lain juga untuk mengikuti jejak langkah kita.

4.Sentiasa mengingatkan diri kita selaku seorang yang think big dream high dan memilikki strong heart bahawa bad things don’t last forever.We must at all time feel the presence of Allah SWT in our heart.We must be conscious the presence of Allah SWT.Hadirkan Allah SWT setiap waktu dan ketika dalam hati kita,dalan kehidupan kita.,InsyaAllah,kita akan terpimpin dalam apa jua keputusan yang kita buat.

Monday, March 12, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 20,Strong Heart 8,Honesty Is The Best Policy-Coretan 77.

Kejujuran adalah puncak kemurniaan hati sesaorang.It is always better for a professional who think big dream high and has a strong heart to be honest as a way of his life.Kejujuran bukan di ukur dari kata-kata tetapi dari perbuatan harian sesaorang itu.Cara hidup harian kita adalah cermin yang sangat jelas menggambarkan samada kita sebenarnya seorang yang jujur atau pun tidak.

Kita ada pegangan agama.Kita ada syariat agama islam kita yang sentiasa menjadi pedoman kita.Maka kayu pengukur umum terhadap kejujuran sesaorang ialah amalan syariat hariannya.Sekiranya telah menjadi norm bagi beliau melanggar syariat,telah menjadi norm bagi beliau melakukan dengan sengaja perkara yang bertentangan dengan syariat dan telah menjadi norm bagi beliau tidak menasihati atau mencegah orang lain dipersekitarannya yang melanggar syariat,maka sudah tentu beliau adalah seorang yang tidak lagi mempunyai kejujuran dalam hidupnya.Kejujurannya adalah terlalu sangat diragui.

Realiti Dalam Kehidupan


1.Syukur Alhamdullillah masyarakat islam di Negara kita sekarang ini telah banyak membina kejayaan,telah banyak mencipta kekayaan.

2.Syukur Alhamdullillah masyarakat islam di Negara kita sekarang ini telah banyak memilikki hartanah sapaerti rumah atau condo atau rumah kedai bukan sahaja dinegara ini malahan di luar Negara juga saperti diAfrika Selatan,Mekkah,Dubai,Alexandaria,
Indonesia,London,Australia,Canada,Singapore,Kazastan,Hong Kong dan sebagainya.

3.Syukur Alhamdullillah masyarakat islam di Negara kita sekarang ini telah banyak memilikki gedung perniagaan,kilang atau supermarket atau berbagai syarikat perniagaan,simpanan atau pelaburan diserata bandaraya utama dunia.

4.Syukur Alhamdullillah masyarakat islam di Negara kita sekarang ini telah banyak memilikki kereta-kereta mewah saperti Merz,BMW,Porche,Ferrarri,malahan jet peribadi atau boat mewah.

5.Tetapi persoalan nya,secara jujur,adakah semua bentuk kekayaan diatas kita perolehi dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariat islam?Secara yang tiada unsur-unsur penyalahankuasa?Secara yang tiada dipengaruhi oleh kedudukan dan pengaruh kita?Secara yang tidak seolah-olah saperti kita merompak hak rakyat jelata selaku pembayar cukai?Secara yang tiada berkaitan samada kita sebagai suami,isteri,anak atau manantu kapada orang yang berkuasa?Atau secara yang telus dari hasil usaha dan kudrat,titik peluh kita sendiri?Atau secara yang penuh akauntabiliti dan kebertanggungjawapan kerana kebijaksanaan dan gigihnya usaha kita semata-mata?

Tips

1.Katakanlah segala kekayaan tersebut kita perolehi semasa umur kita telah lanjut sekitar 50han,maka adalah wajar bagi kita bersemuka dengan mana-mana ustaz kita untuk mendapat nasihat beliau tentang peluang kekayaan yang kita baru perolehi itu adakah tidak melanggar syariat islam dan kita mendapat line clear untuk kita ke syurga apabila kita sekitar 30 tahun lagi akan kembali kealam barzah?

2.Katakanlah segala kekayaan tersebut kita perolehi semasa umur kita masih muda remaja sekitar pertengahan 20han,maka wajar bagi kita bersemuka dengan guru quran kita untuk mendapat nasihat beliau tentang peluang kekayaan yang kita baru perolehi itu adakah tidak melanggar syariat islam dan kita mendapat line clear untuk kita ke syurga apabila kita sekitar 50 tahun lagi akan kembali kealam barzah?

3.Keimanan dan ketaqwaan adalah jawapan kapada semua persoalan-persoalan diatas.Dengan keimanan dan ketaqwaan seorang dewasa berumur 50han tidak akan ragu-ragu untuk consult seorang ustaz bagi mendapat nasihat mengenai peluang yang beliau baru perolehi itu samada selari dengan syariat atau pun tidak.Dengan keimanana dan ketaqwaan seorang remaja berumur pertengahan 20han atas kesedaran sendiri akan consult guru qurannya bagi mendapat nasihat mengenai peluang yang beliau baru perolehi itu samaada selari dengan syariat atau pun tidak.

4.Sebenarnya tiada apa-apa kesalahan untuk sesiapa sahaja,pada peringkat umur mana sekali pun untuk memperolehi kejayaan dan kekayaan.Kejujuran kita yang menjadi neraca samaada kita memperolehi semua kejayaan dan kekayaan tersebut secara yang telus dari segi syariat atau pun tidak.Tidak perlu pun kita consult sesiapa,kerana ustaz atau guru quran kita telah berkali-kali mengingatkan kita bahawa apabila kita jujur,kejujuran tersebut akan menjadi benting kapada kita dari terlibat dengan perkara yang tidak sehaluan dengan syariat.Honesty is the best policy adalah falsafah yang sepatutnya menjadi pegangan kita sebagai seorang yang think big dream high dan memilikki strong heart.

Saturday, March 03, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 19,Strong Heart 7,Blow Away The Dust To See The Love-Coretan 76.

Diantara banyak cinta yang telah kita bincang,cinta rakyat kapada pemimpin akan membawa kapada kesejahteraan seluruh ummah.Cinta harus dipupuk.Cinta tidak datang dengan sendiri.Pemimpin yang inginkan cinta rakyat kapada nya harus memupuk benih-benih cinta itu dari mula ia bercita-cita ingin menjadi pemimpin.Ia memakan masa.Tetapi ianya adalah sangat berharga.Cinta sejati tidak mudah luntur.Cinta tidak akan pudar dengan mudah sekiranya kita bijak membajai cinta tersebut.

Realiti Dalam Kehidupan


Setelah kita dicintai berpuluh tahun oleh rakyat,maka kita para pemimpin mulai leka,mulai selesa.Maka sedikit demi sedikit cinta tersebut menjadi pudar,cinta tersebut diselaputi debu-debu.Debu sekiranya terus di tiup atau dikebas apabila kelihatan akan hilang dengan mudah.Tetapi sekiranya dibiarkan ianya akan bertambah menjadi bertimbun dan menjadi daki.Debu-debu mungkin berkekalan apabila terus dibiar dan bercampur dengan air.Apabila bercampur air,debu akan mengeras saperti simen dan sukar sekali dibersihkan.

Para pemimpin yang diselaputi dengan debu-debu yang menjadi daki kemudian mengeras ini sedikit demi sedikit menjadi terlindung dari pandangan rakyat.Mereka mulai dijauhi oleh rakyat.Rakyat mula berani memperkatakan tentang pemimpin ini yang badannya diselaputi oleh debu-debu dan daki-daki.Rakyat mulai berani mengutuk pemimpin sedemikian.Lama kelamaan masyarakat umum akan mulai pandang sinis dan tidak memperdulikan lagi pemimpin ini.Malahan mereka akan mulai dibenci oleh rakyat.Rakyat akan merasa geli untuk menghampiri pemimpin-pemimpin yang badannya berbau hamis dan hanyir dengan debu-debu dan daki ini.

Tips


1.Untuk memupuk cinta rakyat kapada kita sebagai pemimpin,kita jangan sekali-kali membiarkan debu-debu singgah dan terlekat dibadan kita,walaupun sedikit dan dalam tempoh yang singkat..

2.Debu halus,sukar untuk kita sedari dan nampak bahawa ia mulai hinggap dibadan kita.Oleh yang demikian kita harus mengelakkan diri kita dari berdekatan dengan environment yang berdebu.

3.Apabila kita sebagai pemimpin perasan bahawa badan kita mulai dihinggapi debu,maka dengan segera kita wajib meniup licin segala debu-debu ini supaya tidak melekat ke tubuh kita.We as a think big dream high professional and have a strong heart must immediately blow away the dust in order to see the love that we are in the process of building it up.