Monday, April 09, 2012

Think Big Dream High,Keyakinan 24,Strong Heart 12,The Calture Of Half Past Six-Coretan 81

Budaya kerja below par atau terkenal sebagai budaya kerja half past six,yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir,adalah budaya kerja yang mengambarkan ketidakcekapan atau incompetency.Budaya kerja sedemikian masih menjadi amalan kebanyakan eksekutif kita hari ini baik dari sector kerajaan atau sector swasta.Budaya kerja ini ternyata mengganggu hasrat para pemimpin Negara untuk memajukan Negara ini ke tahap bertaraf dunia secepat mungkin.

Jentera adalah nadi kapada proses pembangunan sesabuah Negara.Pemimpin bertaraf formula one,jentera juga seharusnya bertaraf formula one.Misi dan visi pemimpin, bertaraf formula one tetapi sekiranya jentera yang akan melaksanakan tugas dan tanggungjawap hanya bertaraf kereta kecil 600 cc,ianya adalah mismatched.Walaupun minyak pelincir formula one diguna pakai,jentera yang kapasiti nya hanya 600 cc,kecekapan jentera tersebut tetap tidak banyak meningkat.

Jentera berkuasa kuda 600 cc tentu sekali dengan kecekapan dan kecanggihan teknologi masih boleh di modify supaya lebih cekap.Tetapi hakikatnya walau sebijak mana sekali pun mekanik melakukan modification terhadap kereta tersebut,ia tetap tidak menjadi sebuah kereta yang berkuasa kuda 1000cc,apatah lagi untuk menjadi 6000cc.Kapasiti nya tetap tidak banyak berubah.Ia tetap saperti kereta yang berkuasa kuda 600cc atau lebih sedikit,sekitar 50 cc lagi sahaja,Cuma dia nampak lebih cantik kerana berlaku perubahan secara kosmatik luaran sahaja.

Realiti Dalam Kehidupan

1.Kerajaan dengan penuh bersemangat pada tahun 2005,di Mekah Al-Mukarrahmah telah mencadangkan bahawa satu pertubuhan zakat diperingkat antarabangsa ditubuhkan.Matlamatnya sangat murni,iaitu ingin menghapuskan kemiskinan secara menyeluruh dan berkekalan yang dialami oleh lebih dari 600 juta umat islam diseluruh dunia.

2.Berbagai usaha dilakukan oleh pihak pemimpin sehingga lah pada awal tahun 2007 pihak cabinet telah membuat keputusan untuk menubuhkan pertubuhan ini.Atas inisiatif pihak pemimpin juga satu secretariat interim organisasi ini pada pertengahan tahun 2008 telah ditubuhkan.

3.Selepas keputusan cabinet tersebut maka bola sekarang berada dalam court jentera kerajaan.Menjadi tugas dan tanggungjawap jentera kerajaan pula untuk merealisasikan hasrat yang tersangat murni ini.Walau bagaimana pun malang sekali,sehingga kini setelah lebih 6 tahun idea ini tercetus,penubuhan sebenar pertubuhan ini secara rasminya masih lagi belum terlaksana.

4.Jentera kerajaan Negara-negara OIC khususnya diperingkat pegawai kanan yang terlibat dalam membuat recommendation terhadap penubuhan organisasi ini,melalui kerenah birokrasinya telah melengah-lengahkan penubuhan sebenar organisasi yang diilhamkan oleh Malaysia ini.Ada sahaja alasan dan justifikasinya,satu demi satu,dalam satu meeting kapada satu meeting,diwujud dan diada-adakan.Perbincangan demi perbincangan,meeting demi meeting termasuk senior officers meeting(SOM),dimana dalam setiap perbincangan atau meeting tersebut,hanya berpakat membuat keputusan meletak semakin banyak halangan,bukannya berpakat untuk membuang satu per satu halangan.Akibatnya semakin tidak pasti bila sebenarnya pertubuhan ini dapat dilancarkan.

5.Boleh dikatakan 100% alasan dan justifikasi yang diada-adakan adalah bersifat post-establishment,tiada langsung isu-isu atau halangan yang bersifat establishment.Kalau begini,apa yang akan berlaku?Kalau bagini pula apa yang akan berlaku?Semuanya adalah Kalau,kalau,kalau…..tidak akan habis sebenarnya persoalan oleh jentera yang ada mentality kalau,kalau,kalau…..ini..

Tips

1.Selari dengan keputusan cabinet,pihak secretariat interim telah menyediakan satu blueprint yang lengkap mengenai bagaimana pertubuhan ini akan dilaksanakan secara terperinci dan jelas.Pihak pemimpin telah pun meluluskan blue print ini sejak tahun 2008 lagi.Tentu sekali ianya tidak sempurna.Sebab itu lah pihak secretariat dari masa kesemasa dengan input-input terkini dari berbagai sumber,dari seluruh dunia,sentiasa mengemaskinikan blue print ini.

2.Semua persoalan dan isu-isu yang bersifat post-establishment pertubuhan ini diperjelas satu persatu dengan details nya oleh pihak sekretariat.Due diligent yang mendalam telah dibuat.Cara penyelesaian keatas segala persoalan yang dikemukakan telah dibuat.Segala perancangan dan strategi serta tektik untuk menjayakan nya telah dibuat.Penjelasan demi penjelasan telah dibuat.Tetapi disebabkan jentera yang terlibat adalah berkapasiti 600cc,maka sampai bila pun tidak akan berupaya mengejar kereta berkapasiti 6000cc,formula one.

3.Walaupun kita berada di mellinium baru abad ke21,tetapi malang sekali masih ada para penjawat awam yang menjadikan alasan bahawa disebabkan oleh ada satu organsasi di bawah OIC iaitu berkaitan dengan Red Crescent Organisation yang diilhamkan oleh kerajaan Libya mengambil masa kira-kira 16 tahun baru berjaya ditubuhkan,maka kita yang baru setakat 6 tahun ini,tidaklah perlu adanya urgency untuk mempercepatkan penubuhan organisasi zakat antarabangsa kita.Dengan kata lain,ini bermakna kita boleh tunggu sehingga 10 tahun lagi baru kita boleh tubuh kita punya.

4.Inilah gambaran mentality dan budaya kerja penjawat yang mengamalkan cara bekerja half past six,yang dimaksudkan.Budaya kerja begini menjadikan OIC sebagai pertubuhan ‘Ooo,Iii Seeeee.’ Pertubuhan yang pandai melihat dan meyaksikan sahaja.Bukan pertubuhan yang beroreintasikan responsif segera dan bertindak segera.

5.Agama kita Islam sekali kali tidak mengalakkan sesiapa umat Islam yang beriman dan bertaqwa mengamalkan budaya yang membantutkan kejayaan,yang meletak halangan keatas kejayaan,yang terlalu berkira dan takut untuk mengambil risiko,walaupun ianya berbentuk calculated risks,yang sengaja mencipta alasan dan justifikasi untuk tidak melaksanakan sesuatu perkara yang baik dan mulia,khususnya disisi agama kita Islam.Ini sifat yang tidak bertanggungjawap dan tentunya berdosa besar!Berdosa kerana dengan halangan yang kita ciptakan tanpa sebab-sebab yang kukuh,telah menafikan hak 600 juta umat Islam yang sangat mengharapkan wujudnya satu organisasi yang dapat menolong mereka.

6.Hadith Muslim daripada Abu Hurairah,menyatakan lebih kurang ”sesaorang yang mempunyai iman dan akidah yang kuat adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah SWT dari mereka yang mempunyai iman yang lemah.Walaubagaimana kedua-duanya adalah baik disisi Allah SWT kerana mereka beriman.Sentiasa memelihara iman,sentiasa memohon pertolongan Allah SWT,jangan melakukan perkara yang merosakkan iman,sekiranya ditimpa kemudharatan,jangan mengatakan ‘KALAU lah saya buat begini,begini’ tetapi katakanlah ‘Allah SWT telah mentakdirkannya begitu dan Allah Maha Mengetahui apa yang baik untuk hambanya.Dengan mengatakan KALAU saya melakukan ini,ia adalah memberi jalan kapada kerja syaitan.”

7.Hadith ini sangat luas dan banyak pengertian dan iktibarnya kapada kita.Hadith ini dengan tegas menegah kita dari membuat andaian-andaian tentang perkara yang masih belum berlaku dimasa hadapan.Kita dilarang sama sekali mengatakan KALAU….KALAU….KALAU….,kerana ianya adalah kerja syaitan.Lebih-lebih lagi sekira isunya berkaitan dengan rukun Islam saperti zakat.Kita tidak perlu berkalau sini,berkalau sana,kerana Allah SWT yang menentukan sesuatu itu begini atau begitu.

8.Sekiranya kita samada selaku penjawat atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam membuat recommendation atau keputusan tentang organisasi zakat antarabangsa ini,menyumbang dalam menggagalkan atau melengah-lengahkan projek yang sangat murni matlamatnya ini,di takdirkan meninggal dunia sebelum ianya berjaya ditubuhkan,adakah kita sanggup di hadapan Allah SWT kelak,menjawap segala bentuk aduan oleh 600 juta umat islam yang dirnafikan dari mendapat munafaat organisasi ini?

9. Mungkin benar,organisasi ini tidak dapat mencapai kejayaan dalam sekelip mata sebaik sahaja ia ditubuhkan.Ini mungkin melibatkan sumbangan kewangan kerajaan Malaysia akan meningkat.Kita menyedari walau bagaimana cantik dan sempurnanya segala perancangan,lengkapnya due diligent,ia tidak menjamin kejayaan sesuatu organisasi itu. Tetapi kita yakin satu masa dunia akan memberi kita penghormatan tertinggi atas initiative kita ini.Kita yakin bahawa organisasi yang kita tubuhkan ini sangat berjaya membantu orang miskin diseluruh dunia khususnya dikalangan Negara-negara OIC satu masa nanti.

10.Lihat sahaja contoh kejayaan-kejayaan organisasi seperti ini ialah IDB dan UIA.IDB,walaupun lebih 75% sumber kewangannya ditanggung oleh kerajaan Saudi Arabia pada permulaannya,hari ini ianya sangat berjaya membantu proses pembangunan Negara-negara Islam seluruh dunia.UIA(Universiti Islam Antarangsa),yang mana kebanyakkan sumber kewangannya dibiayai oleh kerjaan Malaysia,tenguk sekarang betapa popularnya universiti ini diseluruh dunia.Ia telah menaikkan imej Negara dimata Negara-negara OIC khususnya.Kejayaan-kejayaan ini tidak ternilai harganya dalam mana-mana mata wang sekali pun.

11.Ini hanya lah sekadar satu contoh kecil yang perlu diambil iktibar oleh kita gulungan professional yang think big dream high dan memilikki strong heart.Kita kena tukar cara kita bekerja supaya selari dengan misi dan visi yang telah ditentukan kapada kita.Kita tidak boleh terus menerus menjadi gulungan professional yang bersifat half past six.Kita kena kikis sebersih bersih dan selicin licinnya budaya bekerja kita yang below par.Hanya gulungan kita professional yang think big dream high dan memilikki strong heart sahaja yang dapat survive dalam era globalisasi dan sangat kompetatif ini.Mereka yang keliru dengan asyik mencipta alasan-alasan tidak munasabah,tetap akan ketinggalan.Tentunya mereka syok dan nampak cerdik dengan alasan-alasan mereka,tetapi hakikatnya mereka tidak akan terus menerus berada dalam keseronokkan yang palsu ini.The morale of the story ialah,kita perlu bertanggungjawap dalam menjalankan tugas kita dengan memberi yang terbaik menggunakan kebijaksanaan kita demi untuk kebaikkan para stakeholders kita.

No comments:

Post a Comment