Monday, June 27, 2011

Think Big Dream High,Persedian Keempat,Kekuatan Kerohanian-Coretan 44

Pelengkap kapada kekuatan-kekuatan fizikal,mental,emosi dan disiplin ialah kekuatan kerohanian atau spiritual strength.Asas kapada kekuatan kerohanian adalah kemurnian jiwa raga kita.Kemurnian perhubungan kita dengan Allah SWT.Kemurnian perhubungan kita dengan manusia.Dan kemurnian perhubungan kita dengan alam semula jadi.Asas kapada segala bentuk kemurnian ini adalah keimanan dan ketaqwaan kita.Asas kapada keimanan dan ketaqwaan kita adalah ingatan kita kapada Allah SWT setiap waktu dan ketika.Asas kapada ingatan kita kapada Allah SWT adalah Quran dan Hadith.Asas kapada Quran dan Hadith ialah pemahaman,penghayatan dan amalan kita terhadap isi kandungan dan pengajaran dari Quran dan Hadith.

Amalan bermakna menjadikan Islam hanya sebagai satu-satunya cara hidup kita seharian yang mutlak dan diridhai.Ini bermakna segala galanya tidak melibatkan orang lain untuk wujudkan kekuatan kerohanian kita.Ia hanya melibatkan diri kita.Ianya melibatkan hati kita.Ianya berada dalam kawalan dan gerak hati kita sendiri.Kawalan dan gerak hati yang betul hanya diperolehi melalui kemurnian hati kita.Kemurnian hati kita dicapai hanya dengan kesempurnaan iman dan taqwa kita kapada Allah SWT.

Realiti Dalam Kehidupan


Kita terlalu mengutamakan perhubungan kita dengan manusia. Kita sanjung manusia.Kita agungkan manusia.Kita sanjung pemikiran dan kerja kita sendiri.Tetapi manusia yang kita agungkan,hanya gulungan yang kita fikirkan akan memberi kebaikkan kapada kita sahaja.Soal-soal kemanusiaan kita abaikan juga.Jiran atau orang lain yang mendapat musibah bukan jadi tanggung jawap kita untuk kita bersimpati.Bangsa lain kebuluran bukan jadi tanggungjawap kita untuk kita keluarkan zakat bagi bantu mereka.Osama seorang mujahid yang dibunuh,Obama seorang kapir yang kita sanjung.

Kita terlalu mengabaikan perhubungan kita dengan Allah SWT.Kita terlalu mengabaikan perhubungan kita dengan alam.Kita utamakan kerja kita.Kita utamakan bos kita.Kita utamakan kuasa besar dunia.Keutamaan perhubungan kita dengan Tuhan kita selalu ketepikan.Mesyuarat ini penting,bos marah nanti,waktu johor panjang lagi,nanti la dulu,lepas ini kita solat.Dua minit lagi waktu asar nak masuk baru kita tunaikan solat zohor.Lepas salam ke kiri,azan asar masuk.Belum pun sempat berzikir dan berdoa kita terus sambung solat asar.Bagus la sekurang-kuranya kita tidak terlepas zohor dan segerakan asar kita.Kita tak sempat berdoa,kita tak sempat berzikir.Banyak lagi kerja-kerja bos yang perlu dibereskan.Yang sunat-sunat diabaikan terus.Tiada puasa sunat.Tiada Zikir.Tiada doa.Tiada sedekah.Tiada umrah.Tidak terfikir kita untuk hijaukan persekitaran kita.Tidak terfikir kita nak raikan binatang-binatang liar yang mungkin terperangkap dimana-mana saperti ditepi jalan raya yang sibuk.Itu semua apa perlunya kita ambil peduli,ia bukan tanggungjawap kita!

Itu lah gambaran eksekutif atau usahawan muda kita hari ini yang lebih pentingkan kerja, bos dan stakeholders dari Allah SWT.Yang lebih pentingkan soal-soal keduniaan dari menjaga keutuhan dunia dan kemanusian.Akhirnya jiwa kita kosong.Kemanusiaan kita kosong.Kepekaan kita terhadap persekitaran kita kosong.Soal-soal berkaitan dengan kerohanian kita kosong.Kita tiada lagi kekuatan kerohanian kita.Walaupun kita berjaya mungkin,tetapi tanpa kekuatan kerohanian,kita tidak akan kekal dengan kejayaan kita tersebut.Ia adalah kejayaan yang tidak semestinya memberi kita kabahagian dan kepuasan sebenar.Ia adalah kejayaan palsu,kejayaan sementara dan pasti tidak akan memberi kebahagiaan kapada kita di akhirat.Ia lebih kapada kejayaan bersifat syok sendiri sahaja.Kita syok sendiri dengan terlalu banyak membuat anggapan dan andaian. Kita beranggapan kita lakukan ini kerana bos kita suka,kerana orang lain suka.Kita tidak pula membuat andaian bahawa apa yang kita lakukan ini,Allah SWT yang suka dan ridha.

Tips


Terdapat berbagai cara untuk wujudkan kekuatan kerohanian seseorang.Ada cara Barat,cara Hindu,cara Buddha,Yoga,Meditation,Tai Chi dan sebagainya.Kita orang Islam sebenarnya ada cara kita tersendiri.Cara kita mudah,ia melibatkan proses pertingkatkan keimanan kita setiap masa.Asasnya juga mudah,buat sahaja segala perkara yang baik dan jauhi semua perkara yang mungkar atau yang ditegah.Proses peningkatan iman melibatkan proses pemurnian hati kita.Proses pemurniaan hati kita melibatkan proses penghapusan nafsu amarah yang ada dalam diri kita.Tingkat nafsu paling rendah ialah nafsu amarah atau nafsu jahat.Di ikuti oleh nafsu lawwamah iaitu nafsu yang memberi kita penyesalan apabila membuat sesuatu kesalahan atau dosa.Hinggalah kapada tingkat nafsu yang tertinggi sekali nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang sentiasa memberi kita ketenangan.Apabila kita mencapai tahap nafsu mutmainnah ini bermakna kita telah memilikki kekuatan kerohanian yang sempurna.

Perkara baik yang wajib kita amalkan adalah mudah dan semua kita dah tahu,iaitu solat lima waktu,puasa bulan ramadhan,membayar zakat dan menunaikan fardhu haji dan umrah.Perkara baik yang sunat kita amalkan ialah solat sunat saperti dhuha,tahajjud,witir,solat sunat sebelum dan selepas zohor,sebelum asar,selepas maghrib,sebelum dan selepas isyak dan sebelum subuh,berzikir sebanyak mungkin setiap waktu,membaca Quran dan Hadith,mengikuti kelas-kelas agama,bersedekah,umrah sunat, dan puasa sunat setiap isnin dan khamis dan pada hari-hari lain yang diafdalkan khususnya dalam bulan muharram,rejab,saaban dan shawal.

Kita mulakan segala aktiviti harian kita dengan berwudud dan solat subuh.Kita mulakan aktiviti mata kita dengan melihat Alquran bukannya internet atau TV.Kita mulakan perkataan pertama keluar dari mulut kita dengan Bismillah dan zikir.Kita habiskan aktiviti harian kita dengan ucapan Alhamdullillah,bacaan Quran dan zikir sehingga kita tertidor.Cara hidup ini akan mendampingkan diri kita dengan Pencipta kita,Pemberi rezeki kita,Penjaga kita dan Pemberi nikmat kapada kita.Cara hidup begini akan menyatakan perasaan syukur kita kapada Allah SWT,yang tidak putus-putus mengharapkan kita menjadi seorang yang berjaya di dunia dan diakhirat.Kita lahirkan rasa syukur kita tidak hanya dengan kata-kata kita tetapi dengan cara hidup kita.Cara hidup begini dengan sendirinya akan menutup,sekiranya masih ada ruang-ruang nafsu amarah kita yang mungkin masih wujud untuk mendorong kita melakukan perkara-perkara yang tidak baik sepanjang satu hari dalam hidup kita ini.Satu hari hidup kita yang bersih akan membersihkan sepanjang hidup kita yang selebihnya.

Semua amalan ini mudah sebenarnya,tetapi oleh kerana pemikiran kita telah pun terbiasa dan lebih tertumpu kapada keutamaan kita yang lain,pemikiran kita lebih mengagongkan kesibukan kerja kita yang lain,sibuk dengan aktiviti kita yang lain,maka ia membuat kita kadang-kadang terlepas pandang,tidak perasan dan terlupa untuk mengamalkan segala perkara yang baik ini.Lama kelamaan ianya menjadi begitu sukar dan payah sekali untuk aktiviti atau cara hidup yang baik ini diamalkan.

Perkara mungkar yang perlu dijauhi ialah segala bentuk atau jenis dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil.Sebenarnya diri kita terbenteng dan dipagari dengan sendirinya dari melakukan perkara-perkara mungkar dan terlarang ini setelah kita sibukkan diri kita dengan melakukan segala perkara-perkara baik dan diridhai.Ini janji Allah kapada kita,perbuatan baik akan menjadi penghalang kapada perkara jahat.Dalam Islam tidak ada terminologi minyak tidak bercampur air atau kubur masing-masing,untuk men justify kan kita berbuat dosa.Dosa tetap dosa dan wajib untuk kita menjauhinya.

Alah tegal kerana biasa.Maka biasakan lah,istiqomahkan lah dalam mengamalkan semua perkara-perkara baik dalam kehidupan kita seharian.Kebiasaan akan sedikit demi sedikit meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.Akan menghampirkan diri kita kapada tahap nafsu mutmainnah.Akan membolehkan kita mencapai tingkat kekuatan kerohanian yang mantap dan berkekalan.Akan melengkapkan segala bentuk kekuatan dalaman kita.Akan merealisasikan segala impian kita melalui slogan keramat think big dream high.

Monday, June 20, 2011

Think Big Dream High,Persedian Ketiga,Kekuatan Emosi dan Disiplin-Coretan 43

Kekuatan emosi dan disiplin adalah saling berkaitan.Sebenarnya disiplin releven untuk semua aspek kehidupan kita.Tanpa disiplin kita tidak dapat lakukan eksesais untuk wujudkan kekuatan-kekuatan lain diri kita saperti fizikal kita,mental kita dan rohani kita.Tetapi memandangkan kelemahan emosi dan kegagalan kita mengawal stress kita, akan menjejaskan segala usaha kita untuk wujudkan kekutan-kekuatan yang lain,maka penekanan terhadap pentingnya disiplin bagi mewujudkan kekuatan emosi adalah menjadi keutamaan.Gagalnya kita mengawal emosi dan stress kita,ianya akan melumpuhkan segala usaha kita untuk bina kekuatan fizikal,mental dan rohani kita.Ini bermakna gagal lah juga segala usaha kita untuk merealisikan segala impian yang sepatutnya menjadi hak kita.

Realiti Dalam Kehidupan


Kita selalu berperasaan marah-marah,berdendam,benci,kecewa,jengkel,rasa bersalah,malu,tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain dan tidak dapat mengawal tekanan atau stress kita.Kita terlalu murah menilai diri kita.Kita tidak yakin dengan kebolehan kita.Kita terlalu merendah diri,menyembunyi perasaan kapada diri kita sahaja, bersifat pesimistik dan beranggapan segala-galanya negative.Kita terlalu bersedeh tanpa bersebab.Bila berdepan dengan tekanan kita terlalu muram,kelam kabut,panic,berpeluh walaupun dalam bilik berhawa dingin dan tidak dapat mengawal keadaan diri kita.Kita selalu rasa ketinggalan dan gagal berbanding dengan orang lain.Kita tidak dapat melupa kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa pahit dalam sejarah hidup kita.Ianya kekal diingatan kita.Ianya menjadikan kita trauma,perit atau ketakutan selama-lamanya.

Semua perasaan diatas adalah merupakan bebanan kapada kita.Kalau sekiranya semua ini boleh di timbang beratnya,kemungkinan besar beratnya bebanan ini tidak terdaya untuk kita memikulnya sendirian.Ia lebih berat dari berat badan kita sendiri,malahan berganda-ganda lebih berat,mungkin.Berat badan boleh dikurangkan dengan eksesais fizikal dan diet yang betul.Beratnya bebanan perasaan sebenarnya walaupun tidak semudah kita kurangkan berat badan kita melalui eksesais dan diet,juga sebenarnya boleh di kurang dan di eliminate kan sama sekali.Ia boleh dihapuskan sama sekali melalui eksesais berikut secara penuh disiplin.

Tips

1.Menetapkan sempadan kemahuan kita.Kita kena jaga supaya kepala kita tidak di pijak oleh sesiapa sekali pun.Sekiranya cinta dan penghormatan yang kita inginkan.Kita akan tentukan apakah perkara-perkara atau kreteria yang dapat menyuburkan perasaan cinta dan rasa hormat seseorang kapada kita,bagitu juga sebaliknya.Sekiranya perkara-perkara dan kreteria tersebut di langgari maka kita tahu ianya akan merosakkan rasa cinta dan hormat kita kapada seseorang itu.Dalam pada itu kita perlu juga ada had toleransi kita.Contohnya kalau kekasih kita tidak text atau call kita 3 hari berturut-turut selepas kita bergaduh ringan atau berselisih faham dengan beliau,maka kita akan mula ragu cinta dan hormat kekasih kita ini kapada kita.Tetapi kita boleh bertolak ansor katakan setelah 7 hari pun,kekasih kita tidak juga text atau call kita,maka subconscious kita akan membisikkan kapada kita bahawa sudah pasti beliau sudah menemui kekasih baru.Apabila kita jelas mendifinasikan sempadan kita,maka kerosakkan saperti rasa kecewa yang kita tanggung akibat di tinggal kekasih tadi dapat kita kawal sepenuhnya.Hakikatnya kita ada jutaan lagi jejaka atau gadis yang lebih baik dan menawan yang boleh kita dekati.Kita hanya perlu memilih seorang sahaja dari jutaan itu yang benar-benar mencintai dan menghormati diri kita sepenuh hati selaras dengan kreteria yang kita telah set kan.

2.Benamkan di lautan dalam segala bebanan yang kita tanggung selama ini.Semua rasa marah,dendam,benci,kecewa,jengkel,rasa bersalah,sedeh,berhasad dengki,geram dan lain-lain saperti diatas sebenarnya merupakan beban kapada kita.Kita secara sedar perlu jelas semua ini adalah bebanan berat yang tidak perlu kita pikul kemana-mana sahaja kita pergi dan buat selama-lamanya.Beban ini perlu kita pertamanya hanyutkan ke sungai yang deras mengalir ke muara,supaya segala beban-beban ini hilang di lautan samudra yang luas,keduanya biarlah bebanan berat ini tertanam didasar lautan dan tidak timbul-timbul buat selama-lamanya.

3.Melupakan sedikit demi sedikit segala kejadian atau peristiwa pahit yang pernah menimpa diri kita.Mungkin ibu bapa kita berpisah pada umur kita yang terlalu muda dan ianya masih menghantui fikiran kita sehingga terpahat rasa dendam kita kapada kedua ibu bapa kita itu.Sekiranya kita tidak buang peristiwa pahit keluarga kita ini,selagi itu perasaan kita tidak terubat dengan rasa dendam dan amarah kita juga berkekalan,sehingga mungkin menganggu kelicinan perjalanan hidup kita.Kita tidak dapat focus kapada pelajaran kita atau kita tidak cemerlang dalam kerjaya atau perniagaan kita.Secara pemikiran positif kita perlu berbalik kapada realiti kehidupan manusia.Menyedari hakikat bahawa perceraian atau perpisahan antara pasangan suami isteri adalah sesuatu yang harus dalam semua komuniti manusia,maka ini akan memudahkan kita melupakan peristiwa pahit yang kita hadapai tersebut.

Kita mungkin menjadi mangsa rogol semasa kita berumur 6 tahun.Peristiwa hitam ini menyebabkan kita tidak langsung boleh menerima hakikat ini.Trauma yang kita lalui kekal di fikiran dan jiwa kita sepanjang hidup kita.Secara positif juga kita harus menerima hakikat bahawa apa yang terjadi telah pun terjadi.Kita tidak mahu kejadian itu berlarutan saperti sudah lah jatuh di timpa tangga pula.Kita tidak mahu satu peristiwa hitam akan terus menghitamkan kehidupan kita.Kita harus meletakkan fullstop terhadap kejadian itu dari mengejar diri kita.Hakikatnya kalau pun kita melayan perasaan kita yang perit itu,ianya tidak akan mengembalikan kapada kita keadaan asal kita.Di depan kita,kita memilikki segala bentuk keceriaan dan kegemilangan.Di depan kita,kita memilikki segala peluang keemasan.Kita inginkan keceriaan,kegemilangan dan peluang keemasan tersebut dalam hidup kita.Kita yakin kita boleh mencapainya.Apa perlu kita fikirkan perkara yang lepas,walau sepahit mana sekali pun dia.Kita ada emas dan permata yang menuggu untuk kita perolehinya,dan kita mampu memilikki semuanya itu.

4.Mengenali diri kita sedalam-dalamnya.Kenalpasti apa impian kita,apa kepercayaan dan visi kita,apa kelemahan dan kekuatan kita,apa yang menjadikan diri kita teruja,gembira dan puas.Apa dan bagaimana kita mahu orang lain membuat anggapan dan mengenali diri kita.Perinci sedalam-dalamnya siapa diri kita.Setelah itu nyatakan dengan jelas apa impian kita.Impian yang sesuai dengan siapa diri kita.Kemudian kita berusaha kuat untuk mencapai segala impian kita itu dengan penuh kebijaksanaan dan keyakinan.

Keempat-empat perkara ini adalah merupakan bentuk eksesais emosi kita.Bukan mudah untuk kita amalkan,tetapi kesedaran dan kematangan kita akan memudahkannya.Kita harus mendisiplinkan diri kita supaya setiap masa dan ketika melakukan segala eksesais ini secara istiqomah.Kekuatan emosi akan terbentuk dengan sendiri tanpa kita sedarinya.

5.Disiplin kelima ialah perkaiatannya dengan eksesais fizikal dan hormon yang dikeluarkan oleh badan kita yang boleh mempengaruhi tahap emosi kita.Kesan terbaik eksesais emosi ini dapat diperolehi jika kita mengamalnya bersama dengan eksesais fizikal kita.Eksesais fizikal akan menolong mengawal pengeluaran hormon-hormon oleh badan kita.Saperti telah kita bincang,pengeluaran hormone cortisol dapat dikawal dan pengeluaran hormone endorphins dapat di optimakan melalui eksesais fizikal.Kedua-dua hormone ini berkait rapat dengan keupayaan kita mengawal stress,tekanan atau emosi kita.Semakin kurang hormone cortisol semakin baik dan sebaliknya semakin bertambah hormone endorphins juga semakin baik untuk kita dapat mengawal tahap stress kita.

Kelima-lima disiplin dan pendekatan diatas membolehkan kita mengawal stress dan mewujudkan kekuatan emosi kita secara beransor-ansor,berterusan dan berkekalan.Semakin istiqomahnya amalan dan kesungguhan kita,maka semakin stabil mood dan emosi kita.Kestabilan ini akan memudahkan kita dapat merealisasikan segala impian kita tanpa gangguan-gangguan mood dan emosi kita.Hanya dengan wujud nya kekuatan emosi sebegini kita dapat menghayati spirit atau semangat disebalik slogan kita think big dream high.

Monday, June 13, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Kedua,Kekuatan Mental-Coretan 42

Era Hang Tuah kekuatan fizikal adalah menjadi keutamaan.Semakin berkembangnya tamadun manusia kekuatan mental menjadi semakin releven.Kita berada di era ICT. Perkembangan ilmu pengetahuan menjadi bagitu cepat dan pantas sekali.Apa yang berlaku sekarang di serata dunia kita secara online dapat mengetahuinya melalui twitter di mobile phone kita.Kelemahan dan kelambatan kita untuk response kapada segala maklumat terkini menyebabkan kita tertinggal dan tercorot.Peluang wujud pantas dan sepantas itu juga akan meninggalkan kita.Kelambatan kita bertindak segera akan hanya memberi kita penyesalan dan kerugian.Kita perlu wujudkan kekuatan mental kita supaya kita at par dengan pihak lain yang berjaya.

Realiti Dalam Kehidupan.


Tamaddun Negara China bermula sejak lebih 5000 tahun dahulu,tamaddun Mesir lebih 4500 tahun,tamaddun Yahudi 4000 tahun,tamaddun Barat lebih 2000 tahun(sejak bermula tahun masihi) dan tamaddun Islam umat Nabi Muhammad SAW sejak lebih 1400 tahun,tamaddun kita Rumpun Melayu kira-kita 600 tahun.Secara umumnya semakin lama atau tua sesuatu tamaddun manusia itu,maka semakin matang dan cemerlang sesuatu bangsa tersebut.Ini bermakna tamaddun Melayu diandaikan bermula sekitar tahun masihi1500 boleh lah dianggap sebagai bangsa yang paling muda tamaddunnya.Ini tidak semesti menjadikan bangsa Melayu tetinggal kebelakang dari bangsa-bangsa besar lain di dunia dari segi kemajuan.Kita boleh mengejar mereka sekarang secara quatum leap atau lonjakan berganda dan tidak perlu menunggu 1000 tahun atau 2000 tahun lagi supaya at par dengan bangsa lain.Tetapi apa caranya?

Setelah kita menyedari perkara ini,kita seharusnya berusaha keras dan mula bina segala bentuk kekuatan kita supaya kita tidak ketinggalan.Kita hendaklah think big dream high.Semakin hari dunia semakin berkembang maju dan penuh dengan berbagai cabaran dalam bentuk baru juga.Kita perlu perkuatkan mental kita dalam keadaan dunia yang serba kompetatif ini.Era ICT,era dunia tanpa sempadan ini adalah era yang memerlukan mental thoughness,sharpness,readiness and alertness.

Tips


Kekuatan mental adalah kebolehan atau keupayaan kita untuk mengatasi segala bentuk halangan yang menganggu mental kita dari bertindak untuk mencapai segala perkara yang kita ingin perolehi secara sedar dan teratur.Apa yang biasa menghalang dan menganggu mental kita dari menjadikan diri kita decisive untuk bertindak?Malas,tidak pantas,tidak cergas,letih lesu,mengantuk,tidak bermaya dan tiada idea.Secara sedar kita mengetahui semua ini,tetapi kita tidak terdorong dan mampu untuk menghilang segala gangguan ini.Sehingga ianya mempengaruhi tindak tanduk kita.

Kita perlu melawan secara sedar juga untuk tidak malas,tidak lembab,tidak lambat,tidak letih lesu,tidak mengantuk atau tidak kreatif dan tidak ada idea.Kita perlu menjadi seorang yang setiap waktu active,jangan selesa,banyak membuat rujukan sapaerti membaca dan berbincang,banyak menghafal,sembahyang,berzikir,tidor yang tidak kurang dari 5 jam,lakukan eksesais fizikal selama 30 minit sehari,mengambil makanan dan minuman yang halal, berkualiti dan seimbang,dan mengambil multi vitamain dan multi mineral yang mencukupi.Semua aktiviti ini penting untuk kuatkan mental kita.Kita perlu disiplin supaya kita istiqomah mengamalkannya setiap waktu.Dalam coretan 32 kita telah bincang sedikit sebanyak bagaimana melalui eksesais otak kita,kita dapat sentiasa mengekalkan kekuatan mental kita.Kita harus kekalkan kesegaran otak kita,kita harus jaga supaya sel-sel neuron otak kita tidak musnah dan berkurangan terlalu cepat.Kita harus kekalkan keremajaan otak kita.Hanya melalui amalan sedemikian sahaja kita boleh elak kematian sel-sel neuron dari cepat dan berganda dirosakkan oleh free radikal.Kita tidak mahu sel-sel neuron kita turun dari 100 billion pada umur remaja kita kapada kurang dari 50 billion bila kita mencapai umur setengah abad.Disiplin,eksesais kita,diet kita akan dapat pertahankan keremajaan otak kita sampai bila-bila.Hanya melalui amalan sedemikian sahaja kita dapat wujudkan kekuatan mental kita untuk kita terus menerus berjaya menjadi seorang yang sentiasa bersedia,alert,tajam pemikiran kita,setiap waktu aktif,dan penuh dengan kreativiti dan idea-idea yang bernas.Kita sentiasa bersiap sedia dalam apa sahaja situasi untuk menonjolkan kebijaksanaan kita untuk merebut peluang dan bersaing.

Monday, June 06, 2011

Think Big Dream High,Persediaan Pertama,Kekuatan Fizikal-Coretan 41

Setiap kita perlu ada visi dan matlamat.Kita perlu think big dream high untuk merangka dan seterusnya membentuk visi dan matlamat kita.Visi kita perlu jelas dan sebolehnya yang terbaik.Matlamat kita juga harus yang terbaik selari dengan visi kita.Matlamat kita misti sesuatu yang boleh dan perlu dicapai,tetapi tidak semistinya mudah.Visi dan matlamat yang mudah,semua orang boleh capai,kita tidak perlu pun think big dream high untuk mencapai sesuatu visi dan matlamat yang mudah.Kalau kita bersungguh untuk mencapai matlamat kita selaras dengan visi kita,walaupun very tough,kita juga perlu bersungguh melakukan persiapan kita.Persiapan harus rapi bukan sekadar melepas batuk ditangga.Persiapan secara ala kadar sahaja hanya akan menggagalkan kita.Persiapan yang rapi meliputi persiapan untuk kita membina segala bentuk kekuatan kita supaya setiap waktu bersedia untuk berusaha gigih bagi mencapai matlamat kita.

Kekuatan-kekuatan yang perlu di bina meliputi kekuatan dalaman dan kekuatan luaran.Semua kekuatan-kekuatan ini adalah yang berada dalam bidang kuasa kita,iaitu kita sendiri yang boleh membuat keputusan dan melaksanakannya.Kita tidak perlu rujukan atau bantuan orang lain.Kekuatan dalaman iaitu kekuatan fizikal,kekuatan mental,kekuatan emosi dan disiplin, kekuatan rohani,kecekalan hati atau courage, keberkesanan diet yang kita amalkan dan personnal grooming.Kekuatan luaran ialah tindak tanduk kita mengenai persekitaran kita yang boleh kita pengaruhi saperti kebersihan alam sekitar,perhubungan dan pergaulan kita,semangat berkumpulan,dan sumbangan kita kapada stake holders kita.Kita akan perinci bagaimana tips untuk kita menguasai setiap kekuatan-kekuatan ini dalam coretan-coretan kita yang seterusnya.Kita akan bermula dengan persediaan kita yang pertama iaitu bagaimana kita dapat mewujudkan kekuatan fizikal kita.


Realiti Dalam Kehidupan


Kekuatan fizikal releven kerana dengan hanya badan yang sihat kita tidak terganggu dalam melaksanakan peranan dan tugas kita untuk mencapai matlamat yang telah terpahat.Pelaksanaan segala plan kita hendaklah secara berterusan.Continuity adalah penting.Gangguan kesihatan akan menganggu segala aktiviti dalaman dan luaran kita.Bila ini berlaku maka continuity terputus dan kerja kita terbengkalai.Masa kita banyak terbuang di klinik,di hospital atau di rumah bomoh untuk berurut!Kita selalu MC,sedangkan masa tersebut sepatutnya di peruntukkan untuk kita bertungkus lumus bekerja mengejar impian kita.

Semasa interview kerja,kita selalu di tanya mengenai kelulusan kita,kelayakan kita, pengelaman kita dan perancangan apa yang akan kita sumbang kapada organisasi bila kita bekerja nanti.Kita jarang atau langsung tidak ditanya pasal berat badan kita,pasal BMI kita,pasal ukuran lilitan pinggang kita.Laporan kesihatan kita mungkin sekarang ok,maka kita diterima bekerja.Tetapi sekiranya kita obese,BMI kita 27 dan lilitan pinggang kita 82 cm,kita sepatutnya tidak diterima bekerja.Tetapi kerana masyarakat kita masih boleh bertolak ansor pasal soal berat badan,maka kita di terima juga untuk bekerja.Ramai kawan-kawan kita yang obese mengatakan bahawa cholesterol dia ok,BP dia ok,kandungan gula dia ok.Pada hakikatnya dan pada jangka masa panjang beliau sebenarnya sangat tidak ok.Kalau beliau complecent dengan keadaan dia sekarang,obesity nya akan bertambah,BMI nya akan melebihi 30 dan lilit pinggangnya mungkin mencapai 120cm.Beliau tidak lama lagi akan lebih masa di peruntukkan untuk mengunjungi hospital berbanding dengan pejabat.Kita sepatutnya tidak recruit beliau untuk bersama dalam organisasi kita.Disebabkan kelayakan dan pengelamannya cemerlang,kita akan timbang balik permohonan beliau dalam masa 3 bulan sehingga BMI nya turun kapada 24 dan lilitan pinggangnya turun kapada 76 cm.

Tips


Seseorang yang inginkan think big dream high wajib cantik,kacak dan berterampilan.Ini tidak berkaitan sangat dengan rupa paras tetapi lebih kapada physical strength dan kesihatan.Rupa paras diluar kuasa kita,tetapi wujudkan kekuatan fizikal,kesihatan yang optimal dan keterampilan,kita sendiri yang berupaya menentukan nya.Presiden Obama tidak kacak sangat,isterinya Michelle pun bukan cantik sangat, tetapi kedua mereka nampak sihat dan memilikki kekuatan fizikal yang baik dan sangat terserlah ketrampilan mereka berdua.

30 minit sehari eksesais melibatkan senaman lasak atau aerobic saperti jogging,berjalan dengan kelajuan sederhana,berbasikal,turun naik tangga atau bukit,berkebun,mob lantai,gergaji dan belah kayu api,treadmill,crosstrainer,skipping rope atau static bicycle.Ini adalah diantara contoh senaman lasak yang boleh menyihatkan jantung dan badan kita.Eksesais ini akan mengekalkan kelembapan kulit kita,membawa oksigen keserata tubuh badan kita dan menyeimbangkan pengeluaran berbagai hormone sehingga kita dapat perlahankan proses ketuaan kita.

Kita juga perlu bina muscle untuk cantikkan potongan badan kita.Push up dan squatting adalah merupakan dua jenis senaman kudrat atau anaerobic yang terbaik tanpa menggunakan machine. Push up akan menguatkan muscle bahagian tengah dan atas badan kita saperti abdomen,pinggang,seluruh tangan kita dan seluruh muka kita.Squatting pula akan menguatkan badan kita dibahagian pinggang ke bawah,kaki,betis dan paha.Kekerapan push up dan squatting ialah 10 kali satu set sebanyak sekurang-kurangnya 3 sets sehari.Kalau kita ada ruang masa yang lebih kita boleh buat sehingga 9 sets,3 sets pagi 3 sets petang dan 3 sets petang atau malam.Push up dan squatting ini kita boleh buat walaupun di pejabat kita.

Badan kita juga perlukan flexibility atau keanjalan.Ini penting untuk mengelakkan dari berlakunya kecederaan semasa kita melakukan sebarang eksesais atau aktiviti kita.Menggeliat atau stretching sebelum dan selepas setiap kali kita melakukan eksesais adalah cara terbaik untuk kita mencapai tahap flexibility yang tinggi.Stretching ini hendak lah untuk seluruh bahagian badan kita iaitu bahagian bawah,tengah dan atas badan kita.Kita boleh lakukan semua jenis stretching yang kita pernah lakukan semasa kita PE di sekolah dahulu.

Dengan hanya memilikki kekuatan fizikal sebegini,ia dapat menjamin kita benar-benar serious mengamalkan pegangan kita yang berasaskan think big dream high.Kita benar-benar bertekad dalam usaha kita untuk mencapai visi dan matlamat kita yang menggunung itu.