Monday, June 27, 2011

Think Big Dream High,Persedian Keempat,Kekuatan Kerohanian-Coretan 44

Pelengkap kapada kekuatan-kekuatan fizikal,mental,emosi dan disiplin ialah kekuatan kerohanian atau spiritual strength.Asas kapada kekuatan kerohanian adalah kemurnian jiwa raga kita.Kemurnian perhubungan kita dengan Allah SWT.Kemurnian perhubungan kita dengan manusia.Dan kemurnian perhubungan kita dengan alam semula jadi.Asas kapada segala bentuk kemurnian ini adalah keimanan dan ketaqwaan kita.Asas kapada keimanan dan ketaqwaan kita adalah ingatan kita kapada Allah SWT setiap waktu dan ketika.Asas kapada ingatan kita kapada Allah SWT adalah Quran dan Hadith.Asas kapada Quran dan Hadith ialah pemahaman,penghayatan dan amalan kita terhadap isi kandungan dan pengajaran dari Quran dan Hadith.

Amalan bermakna menjadikan Islam hanya sebagai satu-satunya cara hidup kita seharian yang mutlak dan diridhai.Ini bermakna segala galanya tidak melibatkan orang lain untuk wujudkan kekuatan kerohanian kita.Ia hanya melibatkan diri kita.Ianya melibatkan hati kita.Ianya berada dalam kawalan dan gerak hati kita sendiri.Kawalan dan gerak hati yang betul hanya diperolehi melalui kemurnian hati kita.Kemurnian hati kita dicapai hanya dengan kesempurnaan iman dan taqwa kita kapada Allah SWT.

Realiti Dalam Kehidupan


Kita terlalu mengutamakan perhubungan kita dengan manusia. Kita sanjung manusia.Kita agungkan manusia.Kita sanjung pemikiran dan kerja kita sendiri.Tetapi manusia yang kita agungkan,hanya gulungan yang kita fikirkan akan memberi kebaikkan kapada kita sahaja.Soal-soal kemanusiaan kita abaikan juga.Jiran atau orang lain yang mendapat musibah bukan jadi tanggung jawap kita untuk kita bersimpati.Bangsa lain kebuluran bukan jadi tanggungjawap kita untuk kita keluarkan zakat bagi bantu mereka.Osama seorang mujahid yang dibunuh,Obama seorang kapir yang kita sanjung.

Kita terlalu mengabaikan perhubungan kita dengan Allah SWT.Kita terlalu mengabaikan perhubungan kita dengan alam.Kita utamakan kerja kita.Kita utamakan bos kita.Kita utamakan kuasa besar dunia.Keutamaan perhubungan kita dengan Tuhan kita selalu ketepikan.Mesyuarat ini penting,bos marah nanti,waktu johor panjang lagi,nanti la dulu,lepas ini kita solat.Dua minit lagi waktu asar nak masuk baru kita tunaikan solat zohor.Lepas salam ke kiri,azan asar masuk.Belum pun sempat berzikir dan berdoa kita terus sambung solat asar.Bagus la sekurang-kuranya kita tidak terlepas zohor dan segerakan asar kita.Kita tak sempat berdoa,kita tak sempat berzikir.Banyak lagi kerja-kerja bos yang perlu dibereskan.Yang sunat-sunat diabaikan terus.Tiada puasa sunat.Tiada Zikir.Tiada doa.Tiada sedekah.Tiada umrah.Tidak terfikir kita untuk hijaukan persekitaran kita.Tidak terfikir kita nak raikan binatang-binatang liar yang mungkin terperangkap dimana-mana saperti ditepi jalan raya yang sibuk.Itu semua apa perlunya kita ambil peduli,ia bukan tanggungjawap kita!

Itu lah gambaran eksekutif atau usahawan muda kita hari ini yang lebih pentingkan kerja, bos dan stakeholders dari Allah SWT.Yang lebih pentingkan soal-soal keduniaan dari menjaga keutuhan dunia dan kemanusian.Akhirnya jiwa kita kosong.Kemanusiaan kita kosong.Kepekaan kita terhadap persekitaran kita kosong.Soal-soal berkaitan dengan kerohanian kita kosong.Kita tiada lagi kekuatan kerohanian kita.Walaupun kita berjaya mungkin,tetapi tanpa kekuatan kerohanian,kita tidak akan kekal dengan kejayaan kita tersebut.Ia adalah kejayaan yang tidak semestinya memberi kita kabahagian dan kepuasan sebenar.Ia adalah kejayaan palsu,kejayaan sementara dan pasti tidak akan memberi kebahagiaan kapada kita di akhirat.Ia lebih kapada kejayaan bersifat syok sendiri sahaja.Kita syok sendiri dengan terlalu banyak membuat anggapan dan andaian. Kita beranggapan kita lakukan ini kerana bos kita suka,kerana orang lain suka.Kita tidak pula membuat andaian bahawa apa yang kita lakukan ini,Allah SWT yang suka dan ridha.

Tips


Terdapat berbagai cara untuk wujudkan kekuatan kerohanian seseorang.Ada cara Barat,cara Hindu,cara Buddha,Yoga,Meditation,Tai Chi dan sebagainya.Kita orang Islam sebenarnya ada cara kita tersendiri.Cara kita mudah,ia melibatkan proses pertingkatkan keimanan kita setiap masa.Asasnya juga mudah,buat sahaja segala perkara yang baik dan jauhi semua perkara yang mungkar atau yang ditegah.Proses peningkatan iman melibatkan proses pemurnian hati kita.Proses pemurniaan hati kita melibatkan proses penghapusan nafsu amarah yang ada dalam diri kita.Tingkat nafsu paling rendah ialah nafsu amarah atau nafsu jahat.Di ikuti oleh nafsu lawwamah iaitu nafsu yang memberi kita penyesalan apabila membuat sesuatu kesalahan atau dosa.Hinggalah kapada tingkat nafsu yang tertinggi sekali nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang sentiasa memberi kita ketenangan.Apabila kita mencapai tahap nafsu mutmainnah ini bermakna kita telah memilikki kekuatan kerohanian yang sempurna.

Perkara baik yang wajib kita amalkan adalah mudah dan semua kita dah tahu,iaitu solat lima waktu,puasa bulan ramadhan,membayar zakat dan menunaikan fardhu haji dan umrah.Perkara baik yang sunat kita amalkan ialah solat sunat saperti dhuha,tahajjud,witir,solat sunat sebelum dan selepas zohor,sebelum asar,selepas maghrib,sebelum dan selepas isyak dan sebelum subuh,berzikir sebanyak mungkin setiap waktu,membaca Quran dan Hadith,mengikuti kelas-kelas agama,bersedekah,umrah sunat, dan puasa sunat setiap isnin dan khamis dan pada hari-hari lain yang diafdalkan khususnya dalam bulan muharram,rejab,saaban dan shawal.

Kita mulakan segala aktiviti harian kita dengan berwudud dan solat subuh.Kita mulakan aktiviti mata kita dengan melihat Alquran bukannya internet atau TV.Kita mulakan perkataan pertama keluar dari mulut kita dengan Bismillah dan zikir.Kita habiskan aktiviti harian kita dengan ucapan Alhamdullillah,bacaan Quran dan zikir sehingga kita tertidor.Cara hidup ini akan mendampingkan diri kita dengan Pencipta kita,Pemberi rezeki kita,Penjaga kita dan Pemberi nikmat kapada kita.Cara hidup begini akan menyatakan perasaan syukur kita kapada Allah SWT,yang tidak putus-putus mengharapkan kita menjadi seorang yang berjaya di dunia dan diakhirat.Kita lahirkan rasa syukur kita tidak hanya dengan kata-kata kita tetapi dengan cara hidup kita.Cara hidup begini dengan sendirinya akan menutup,sekiranya masih ada ruang-ruang nafsu amarah kita yang mungkin masih wujud untuk mendorong kita melakukan perkara-perkara yang tidak baik sepanjang satu hari dalam hidup kita ini.Satu hari hidup kita yang bersih akan membersihkan sepanjang hidup kita yang selebihnya.

Semua amalan ini mudah sebenarnya,tetapi oleh kerana pemikiran kita telah pun terbiasa dan lebih tertumpu kapada keutamaan kita yang lain,pemikiran kita lebih mengagongkan kesibukan kerja kita yang lain,sibuk dengan aktiviti kita yang lain,maka ia membuat kita kadang-kadang terlepas pandang,tidak perasan dan terlupa untuk mengamalkan segala perkara yang baik ini.Lama kelamaan ianya menjadi begitu sukar dan payah sekali untuk aktiviti atau cara hidup yang baik ini diamalkan.

Perkara mungkar yang perlu dijauhi ialah segala bentuk atau jenis dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil.Sebenarnya diri kita terbenteng dan dipagari dengan sendirinya dari melakukan perkara-perkara mungkar dan terlarang ini setelah kita sibukkan diri kita dengan melakukan segala perkara-perkara baik dan diridhai.Ini janji Allah kapada kita,perbuatan baik akan menjadi penghalang kapada perkara jahat.Dalam Islam tidak ada terminologi minyak tidak bercampur air atau kubur masing-masing,untuk men justify kan kita berbuat dosa.Dosa tetap dosa dan wajib untuk kita menjauhinya.

Alah tegal kerana biasa.Maka biasakan lah,istiqomahkan lah dalam mengamalkan semua perkara-perkara baik dalam kehidupan kita seharian.Kebiasaan akan sedikit demi sedikit meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.Akan menghampirkan diri kita kapada tahap nafsu mutmainnah.Akan membolehkan kita mencapai tingkat kekuatan kerohanian yang mantap dan berkekalan.Akan melengkapkan segala bentuk kekuatan dalaman kita.Akan merealisasikan segala impian kita melalui slogan keramat think big dream high.

No comments:

Post a Comment