Kelahiran kita di dunia ini adalah untuk berjaya.Kita dilahirkan bukan untuk kecewa dan gagal.Allah Jadikan kita sebagai khalifah.Mana boleh,seorang khalifah kecewa dan gagal.Kalau pun ada kekecewaan dan kegagalan ia hanyalah sementara.Kecewa dan gagal sebenarnya sebahagian dari proses mencapai kejayaan.Kejayaan akan lebih mantap dan berkekalan setelah melalui kekecewaan dan kegagalan.Orang yang tidak pernah menempuh kekecewaan dan kegagalan tidak dapat menghargai dan merasai sepenuhnya nikmat kejayaan.Ini bukan pula bermakna kita inginkan kekecewaan dan kegagalan terlebih dahulu sebelum berjaya.Sebaiknya semua kita tidak mahu wujud langsung istilah kekecewaan dan kegagalan dalam perbendaharaan hidup kita.Kita hanya mahu kejayaan sahaja dalam hidup kita.
Realiti Dalam Kehidupan
Pada umumnya setiap orang pernah mengalami kekecewaan dan kegagalan sepanjang hidup kita.Kebanyakan juga menganggap dengan kekecewaan dan kegagalan maka tiada lagi pengharapan baginya untuk bangun kembali.Tiada harapan untuk pulih kembali.Kekecewaan dan kegagalan melumpuhkan segala aspek kehidupannya.Memusnahkan segala bentuk impian dan cita-citanya.Bagi gulungan pelajar dan remaja kekecewaan dan kegagalan berpunca dari pergaulan,percintaan dan pepereksaan(pelajaran).Bagi gulungan dewasa ia berpunca dari kerjaya,perniagaan,cara hidup dan rumahtangga.Sementara bagi gulungan tua pula berpunca dari kesihatan,agama,harta dan perhubungan kekeluargaan.
Akibat kekecewaan dan kegagalan berangkai dan berantai dari satu bentuk kekecewaan dan kegagalan kapada satu bentuk kekecewaan dan kegagalan yang lain pula.Contohnya dari kekecewaan dalam percintaan kapada kegagalan dalam pepereksaan,kapada kegagalan dalam kerjaya,dari kerjaya merebak kapada keluarga dan rumahtangga,dari rumahtangga menjangkit pula kapada kesihatan dan bagitu lah seterusnya hingga kapada aspek keagamaan dan cara hidup.Ia juga mungkin membawa kapada kematian yang tidak dikehendakki dan sepatutnya.Di Negara bukan Islam saperti Jepun,Taiwan dan Korea jumlah mereka yang membunuh diri akibat kekecewaan dan kegagalan disemua peringkat umur adalah meningkat dari tahun ke tahun.Alhamdullillah wabak ini tidak serious dalam masyarakat kita.Tetapi sintom nya telah ada!
Tips
Berpindah dari situasi kekecewaan dan kegagalan bukan sesuatu yang mudah.Terdapat banyak perangkap yang menanti mangsanya.Kekecewaan dan kegagalan berkaitan dengan soal perasaan atau emosi,kerohanian atau spiritual,berkaitan dengan soal saikologi.Keupayaan mengawal perasaan dan emosi, dapat mempengaruhi kesan dari kekecewaan dan kegagalan.Keupayaan mengawal pula bergantung kapada kekuatan yang sesaorang itu milikki.Kekuatan emosi (berfikiran positif dan tahap kesabaran),kekuatan kerohanian(keimanan dan ketaqwaan),kekuatan mental(ilmu pengetahuan) dan kekuatan fizikal(kesihatan dan diet) memain peranan penting mempengaruhi tahap dayatahan dan tahap dayakawal sesaorang yang mengalami kekecewaan dan kegagalan.Hanya dengan adanya kekuatan-kekuatan ini sahaja menguatkan benteng dayatahan dan dayakawal kapada kesan buruk akibat kekecewaan dan kegagalan.Dengan kuatnya benteng ini segala perangkap yang menunggu mangsa kekecewaan dan kegagalan dapat dimusnahkan.Segala kesan-kesan buruknya dapat diatasi dan dapat dicari ubat dan penawarnya.Bermula dari sini lah titik-titik hitam dalam hidup kita mula dapat kita jauhi dan tinggalkan.Kita mula nampak ada cahaya dihujung terowong hidup kita.
No comments:
Post a Comment