Iltizam adalah janji dan komitmen yang kita buat kapada diri kita sendiri untuk kita mencapai sesuatu niat atau hajat kita.Warna-warna kehidupan penuh dengan kepelbagaian dan ragam.Tidak mudah kita mengharungi kehidupan kita mengikut sepenuhnya acuan kita.Mengikut sepenuhnya kehendak dan kerenah kita.Banyak faktor-faktor di persekitaran kita yang boleh mempengaruhi kehidupan kita seharian.Yang mempengaruhi keputusan yang kita ambil dalam kehidupan kita.Peranan kawan-kawan,pengaruh TV,pengaruh pembacaan kita,pengaruh pergaulan kita,pengaruh para pemimpin kita,pengaruh guru-guru dan pengaruh tok guru tok guru kita,semua nya memainkan peranan untuk mempengaruhi kehidupan kita.Pengaruh ini bukan kecil,ianya boleh merubah kehidupan kita yang sepatutnya menjadi seorang X kapada menjadi seorang Y.
Realiti Dalam Kehidupan
Berbagai penyakit sosial saperti mengandung tanpa nikah,buang bayi,dadah,merokok,zina,bersekedudukan,homoseksual,lesbian,pelacuran,arak,penderaan dan banyak lagi gejala penyakit sosial lain wujud dalam masyarakat Melayu kita.Semua wujud akibat kita kehilangan pedoman dan pegangan hidup.Penghayatan terhadap ajaran agama tidak mantap.Kita tidak punya iltizam untuk tidak terlibat.Ada statistik menyatakan lebih 20,000 anak-anak gadis semuda 13 tahun hingga 25 tahun,khususnya yang tinggal di kawasan perumahan PPRT terlibat dalam gejala sosial sedemikian.Statistik ini menakutkan walaupun sejauh mana ianya benar.Hakikatnya ia benar-benar wujud dan trend nya semakin meningkat dan membimbangkan.Anehnya satu kajian di USA mendapati satu trend yang menurun dikalangan remaja USA yang terlibat dengan gejala sosial saperti melepak,sex bebas,arak,merokok dan dadah.Di negara kita trend nya menaik,di negara maju saperti USA trend nya menurun.Kajian mendapati remaja USA faham bahawa sekiranya mereka rosakkan hidup mereka sekarang,mereka akan hancurkan kebahagian hidup mereka di masa hadapan. Kita beranggapan remaja di USA tentunya lebih parah,tetapi sebenarnya tidak.Mereka sebenarnya lebih bertanggungjawap terhadap diri dan masa depan mereka.Mereka perpandangan jauh dan bijak dalam menentukan corak masa depan mereka.Mereka hargai masa depan mereka,mereka tidak rela masa depan mereka rosak dan hancur dek kerana kemarukkan keseronokan sementara semasa remaja mereka.Hakikatnya remaja kita sebenarnya yang lebih membimbangkan.Remaja kita patut sangat belajar dari aspek positif ini dari remaja USA.
Tips
Di USA kajian mendapati bahawa remaja di sana menyedari bahawa kepentingan menjayakan cita-cita dan mempunyai kerjaya yang setabil dan terjamin adalah lebih penting dari melepak,sex,arak,merokok dan dadah.Mereka mulai sedar bahawa pasangan mereka akan lebih mempercayai dengan pasangan mereka yang berjaya dalam kerjaya dari mereka yang melepak tanpa kerjaya yang setabil dan lumayan.Mereka dapat menilai dan menghargai masa depan dan kehidupan berkeluarga yang sempurna adalah lebih bermakna berbanding dengan keseronokan yang bersifat sementara.Di sekolah-sekolah di USA juga para guru sentiasa menasihati dan mengingati para pelajar supaya menghindari dan menjauhkan diri dari perbuatan lepak,sex bebas,arak,merokok dan dadah.
Seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun di Atlanta,USA menyatakan sex,arak,rokok dan dadah tidak termasuk dalam radar pemikiran dan kehidupan beliau seharian.Beliau memulakan routine hariannya dengan bangun tidor jam 5.00 pagi dengan aktiviti saperti berenang,pergi sekolah,pergi jimnasium,berjogging dan berlari,berenang lagi,buat homework dan melakukan aktiviti NGO dengan membawa bersiar-siar memimpin orang tua bersama angingnya.Beliau akhiri aktiviti hariannya dengan sambung belajar dan tidor jam 10.30 malam.Kehidupan hariannya penuh bermakna dan memuaskan hati dan sanubari beliau sendiri.Tentu lebih-lebih lagi mengembirakan kedua ibu bapa beliau.
Kita di Malaysia sebenarnya lebih banyak aktiviti-aktiviti rekreasi terpimpin dan bermoral yang para remaja boleh ikuti.Kita ada berbagai program saperti Rakan Muda,berbagai NGO,aktitivi masjid,berbagai co-curriculum disekolah,perpustakaan,kelas tambahan,kelas mengaji quran dan agama,kelab belia,berbagai kem motivasi,kem agama,kelas seni mempertahankan diri,bersukan dan tentu sekali kita perlu juga peruntukan banyak masa kita untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran kita saperti kemahiran berkomputer,memasak,berkebun dan sebagainya.Kita ada banyak aktiviti yang menjadi pilihan kita.Disamping itu kita juga ada pilihan untuk lepak di pasaraya,bergaul dengan mat rempit,pergi disko,bergaul dengan perokok atau pengambil dadah.Pilihan kita sebenarnya luas sekali.Tetapi kita sebenarnya ada class,kita sebenarnya ada standard,kita sebenarnya bijak.Kita perlu berbangga dengan diri kita yang berkualiti ini.Tentu sekali apa-apa pun jalan yang kita pilih ianya sesuatu yang mengambarkan kualiti kita ini.Mungkin kita kurang didikan agama kita,kita ada masalah keluarga dirumah,ibu bapa kita berpisah,kita adek beradek selalu tak ngam,jiran kita selalu ganggu kita,rumah kita sempit macam sarang burung,tetapi kita sendiri masih ada fikiran yang waras.Kita masih mampu berfikir sendiri.Kita masih ada rasa cinta kita kapada diri kita.Kita masih ada self-esteem kita sendiri.Sedikit sebanyak apa yang guru-guru kita selalu nasihat dan pesan kapada kita tentu sedikit sebanyak masih terlekat di fikiran kita.Kita masih dapat berfikir bahawa belajar bersungguh-sungguh akan dapat menjamin kita mendapat kerjaya yang setabil dan lumayan dimasa depan.Berusaha keras akan menjamin kita mencapai cita-cita kita.Kita perlu ada iltizam untuk berjaya.Kita perlu bendung dan didik nafsu kita.Kita perlu percaya kita tidak lah seburuk dan seteruk mana perangai kita.Kita perlu berjanji pada diri kita untuk mencapai apa yang kita hajati dan inginkan.Kita perlu ada komitmen untuk memperolehi apa yang kita sangat hajati dan inginkan tersebut.Kita ada nilai dan harga diri.Kita ada maruah dan martabat diri.Kita tidak mahu dianggap sebagai sampah masyarakat.Kita juga ingin menjadi penyumbang bermakna kapada proses pembangunan Negara kita.
No comments:
Post a Comment