Berkorban secara umumnya adalah satu tindakan yang secara ikhlas menyerah atau menyumbang secara percuma sesuatu yang menjadi kesayangan dan milik kita.Setinggi-tinggi nilai pengorbanan sesaorang ialah nyawanya dan serendah-rendahnya adalah masanya.Pengorbanan hanya mempunyai nilai di sisi Allah SWT sekiranya pengorbanan kita itu semata-mata kerana Allah SWT.Sekiranya nyawa,harta benda,pemikiran,emosi,nafsu,rohani atau masa yang kita korbankan adalah kerana Allah SWT,maka balasannya adalah pahala dan syurga.
Berkorban bagi seorang pemimpin Negara pula bermakna penyerahan diri pemimpin tersebut kapada Negara dan rakyat.Jasad,nafsu,emosi,rohani,mental dan harta benda milik seorang pemimpin itu di korban dan sedekahkan sepenuhnya untuk menjaga kepentingan rakyat melebihi dari segala bentuk kepentingan yang lain termasuk kepentingan peribadi beliau sendiri.Ini pemimpin sejati yang sangat murni kepimpinannya.
Berkorban bagi seorang ketua keluarga pula bermakna memperuntukkan segala hak milik beliau untuk memastikan semua ahli keluarganya berjaya dalam pelajaran,kerjaya dan kehidupan mereka masing-masing.Ia bertanggungjawap sepenuhnya terhadap kebahagian anak dan isterinya didunia dan juga diakhirat.
Ini bermakna pengorbanan adalah sesuatu yang besar melibatkan penyerahan segala-segalanya baik dari segi dalaman atau luaran,yang tidak nampak atau yang nampak yang menjadi milik sesaorang kapada pihak lain.Pengorbanan ini dibuat demi untuk kepentingan dan kesenangan pihak lain.Bukan untuk kepentingan diri kita sendiri.Ia mencerminkan kemuliaan,keikhlasan dan ketinggian nilai hati budi sesaorang terhadap Allah SWT,dirinya dan orang di persekitarnya yang berkaitan.
Realiti Dalam Kehidupan
FILO atau FINO,ini yang menjadi amalan kebanyakkan kita.First in last out(FILO) atau first in no out(FINO).Kita orang yang pertama ingin menerima pemberian orang lain,tetapi kita juga seboleh mungkin menjadi orang yang terakhir memberi sesuatu kapada orang lain.Atau pun orang yang langsung tidak mahu memberi apa-apa kapada orang lain.Jarang orang yang tersalah melanggar kereta orang lain yang parked akan menyelit sekeping notis di wiper kereta yang dilanggarnya dengan kata-kata “maaf saya telah terlanggar kereta anda,sila telefon saya di nombor ini …….untuk saya membayar anda segala kerosakan dan kesusahan yang anda tanggungi dan alami”.Ini satu contoh kecil pengorbanan nafsu.Nafsu menyuruh kita diam dan cabut sahaja,tiada siapa yang tahu bahawa kita yang melanggar kereta tersebut!Tetapi dengan kita menyelit pengakuan kita di wiper kereta yang kita terlanggar itu,kita telah korbankan nafsu kita semata-mata kerana Allah SWT.Sekiranya tuan punya kereta tersebut adalah seorang gadis yang juga berjiwa murni,mungkin balasan yang akan di berikan oleh gadis tersebut kapada kita adalah linangan air mata syahadu terima kasih beliau kapada kita yang tersalah langgar keretanya.Ini lah murninya nilai pengorbanan walau pun sekecil itu.
Tips
Bertekad untuk menjadi seorang yang mulia dan murni hati budinya.Bertekad untuk menjadi orang yang kaya raya,jutawan tetapi membayar dividen, mewakaf dan menzakatkan sebahagian besar keuntungan dan kekayaan kita untuk Allah SWT.Bertekad untuk menyalurkan pemikiran,emosi,nafsu,kerohanian,masa dan kudrat kita untuk agama Islam kita.Bertekad untuk terlibat secara langsung dalam menyumbang kearah kejayaan keluarga kita,masyarakat kita dan Negara kita.Bertekad untuk tidak meminta apa-apa bentuk pembalasan diatas apa-apa bentuk pertolongan yang kita bagi.Tiada lagi mr 10%,tiada lagi datin 20%.Tiada lagi istilah USA,untuk saya apa?Kita bantu dan tolong adalah ilkhlas.Kita aturkan appointment dengan orang besar-besar adalah ikhlas.Kita lobby projek dengan orang besar-besar adalah ikhlas,yang diminta hanya professional fees sahaja,itu pun sekadar yang sepatutnya sahaja.Sekadar selaras dan setimpal dengan perkhidmatan kita sahaja.Kalau pun kita dapat,kita bertekad untuk zakatkan,sedekahkan dan agehkan kapada orang-orang yang berkeperluan saperti fakir miskin dan anak-anak yatim.Kita bertekad kalau masih ada rasa dendam kita terhadap sesaorang,kita akan hapuskan dendam kesumat kita itu.Kita bertekad untuk korbankan rasa enak tidor kita ditilam yang empok untuk bangun menunaikan solat sunat malam kita.Kita bertekad untuk korbankan kenyang kita untuk lakukan lebih banyak puasa sunat.Kita bertekad untuk berhenti berseronokan,berempit dengan kawan-kawan motor kita kerana sekarang kita akan mulakan program distant learning kita untuk ijazah dalam bidang business administration. Ini lah tekad kita,azam kita dan hasrat kita untuk menjadi seorang yang setiap waktu dan ketika sentiasa bersedia dan sanggup untuk berkorban.
No comments:
Post a Comment