Thursday, March 24, 2011

Orang Yang Berat Untuk Senyum-Coretan 26

Semakin tinggi kedudukan dan pangkat sesaorang itu semakin sukar beliau secara sengaja memberi senyuman kapada orang lain.Begitu juga semakin rendah kedudukan dan pangkatnya semakin sukar juga secara semula jadi beliau memberi senyuman kapada orang lain.Orang sederhana saperti kita yang tidak loket dengan senyuman.Orang besar tidak senyum secara sengaja kerana ingin tunjukkan dia seorang yang berkuasa,ponggah, serious dan sukar di dekati.Orang bawahan sukar senyum kerana dah semula jadi merasa dirinya tidak boleh senyum kerana kesempitan hidupnya.Semua tindaktanduk kita ada sebab musababnya.Dalam Islam kita disunatkan selalu senyum.Senyuman adalah sedekah.Ia mengembirakan orang yang kita berdepan dan ia juga mengembirakan diri kita sendiri.

Realiti Dalam Kehidupan


Orang besar ada ketikanya mereka senyum dan ketawa besar,apabila mereka dikelilingi oleh orang-orang besar juga.Tun akan mengilai sesama Tun.Tan Sri akan mengilai sesama Tan Sri.Tetapi adakalanya orang-orang besar ini bergelak ketawa bersama-sama dengan macai-macai mereka.Sama saperti Raja Serama selalu di hibur dan bergelak ketawa dengan kerenah Wak Long,Pak Dogol atau Wak Yah.Watak-watak macai dalam cerita Raja Serama wayang kulit Kelantan.Begitu juga orang-orang besar ada ketikanya sengaja senyum apabila ada kemera tv atau surat khabar yang sedang merakamkan gelagat mereka.Mereka perlu tunjuk kemesraan mereka kapada rakyat jelata.Mereka perlu menampakkan diri mereka adalah mesra rakyat.

Majoriti masyarakat kita adalah terdiri dari mereka yang kurang senyum disebabkan kesempitan hidup mereka.Tidak ada sebab untuk mereka senyum sebenarnya,selagi kehidupan mereka tidak banyak berubah sepanjang kehidupan mereka.Negara kita berkembang pesat setiap hari.Mereka yang dikenali sebagai kapitalis atau orang-orang kaya berkembang dan bertambah maju setiap saat.Perkembangan mereka dan kemajuan mereka berganda-ganda berlaku setiap saat.Ini sudah menjadi adat sistem ekonomi berasaskan kapitalisma.Mereka sentiasa boleh senyum sesama mereka melebihi dari gulungan majoriti masyarakat kita.

Apabila ada sahaja program-program yang diumumkan oleh orang besar maka faedah yang serta merta akan dapat di nikmati oleh gulungan kapitalis yang kaya raya ini.Hari ini orang besar umum sesuatu program atau projek,seolah-olah besuk orang kaya-kaya ini bertambah kekayaan mereka.Mereka terus menerus boleh senyum lebar kerana kebanyakan program-program yang orang-orang besar umumkan adalah lebih kapada untuk faedah dan kepentingan mereka,berbanding dengan untuk faedah dan kepentingan kita.Tetapi cara pengumuman dibuat seolah-olah kita orang kebanyakan yang mendapat faedahnya secara langsung dan segera.Itu kuat dan pandainya kuasa serta peranan pihak media massa melakukan strategi PR dan publisiti mereka.

Tips

Untuk kita mencapai keadaan majoriti masyarakat kita sentiasa terukir senyuman mereka,maka orang-orang besar perlu melakukan sesuatu program yang boleh memberi senyuman kapada gulungan ini.Program-progam untuk orang kaya-kaya terus menerus wajib dilaksanakan,kerana program-program ini mampu mencipta peluang-peluang pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan secara berantai.Program-program ini akan menyumbang kapada proses pembangunan Negara dengan lebih cepat lagi.Ini kita tidak sekali-kali nafikan.Tetapi dalam masa yang sama program-program untuk majoriti rakyat bawahan perlu juga dilaksanakan.Kita tidak mahu pendapatan kita yang majoriti ini naik disebabkan heretan oleh pendapatan orang kaya-kaya ini yang berganda-ganda naik.Apa yang kita kehendakki ialah pendapatan kita sendiri sesama kita yang naik.Bukannya pendapatan kita naik di sebabkan purata pendapatan kita ditarik keatas oleh pendapatan orang-orang kaya ini.

Kita sangat memerlukan program-program bercorak saperti FELDA dan FELCRA.Program-program saperti ini yang sepatutnya lebih kerap diumumkan oleh orang-orang besar kita.Mungkin sekarang program exactly macam FELDA dan FELCRA tidak sesuai lagi kerana masa dan struktur masyarakat kita telah berubah dari persekitaran tahun 50han,60han dan 70han.Tetapi program-program yang berkonsepkan sedemikian mampu membuat kita masyarakat majoriti tersenyum sepanjang hayat kita.Program-program berasaskan konsep sebagini yang mampu menjana dan menaikkan pendapatan purata kita secara menyeluruh.Mampu membolehkan masyarakat terbanyak mengumpul simpanan secara berterusan.Mampu membolehkan kita masyarakat terbanyak memilikki hartanah secara beransur-ansur dan mempunyai nilai tambah.Ini jenis program-program yang perlu difikirkan oleh kumpulan-kumpulan think-thank orang-orang besar kita. Ini jenis program-program yang perlu dilaksanakan oleh orang-orang besar kita untuk kita masyarakat terbanyak.Program-program yang mampu menambah pendapatan kita,mengumpul simpanan kita dan mencipta serta mempertahan pemilikkan harta masyarakat kita yang terbanyak dan menyeluruh.Dengan adanya program-program begini,kita masyarakat terbanyak tidak lagi berat untuk senyum.Malahan kita,anak-anak kita dan anak-anak kapada anak-anak kita(tidak mahu guna cucu kerana nampak seolah-olah kita dah tua) boleh mampu tersenyum untuk sepanjang hayat kita.

No comments:

Post a Comment