Aku anak kampung. Tetapi sekarang aku menetap di bandar. Selepas sekolah kampung disebabkan ketekunan,kecerdikan dan kebijakasanaanku,aku melangkah pelajaran di bandar. Aku memasuki menara gading di bandar. Aku menyambung pelajaran lanjutan ku di luar negara. Aku berjaya sebagai seorang professional. Aku berjaya dalam karyaku selaku seorang pengurus yang professional baik dalam kerajaan mahupun dalam sektor swasta.Syukur Alhamdullilah, aku berjaya dalam penghidupanku.
Tetapi apabila aku menoleh sekelilingku. Apabila aku membaca laporan-laporan tentang statistik golongan professional, maka aku termenung panjang. Aku beranggapan memang anak bangsaku telah berjaya dan ramai yang menjadi golongan pengurus dan professional yang berjaya. Tetapi rupanya dari segi realiti ia tidak benar. Walaupun bangsaku adalah majoriti, tetapi jumlah golongan professional dan pengurus yang terdiri dari bangsaku rupanya masih merupakan golongan minoriti.Itu pun kerana bangsaku setakat ini masih bernasib baik. Bangsaku masih menerajui kuasa politik tanah airku. Masih banyak polisi kerajaan yang memberi keistimewaan kepada bangsaku. Masih banyak badan-badan dan agensi kerajaan yang boleh menyediakan biasiswa,pinjaman pelajaran dan pekerjaan kepada golongan professional bangsaku. Masih banyak syarikat-syarikat yang dipunyai kerajaan yang memberi peluang dan menyerap pekerja professional yang terdiri dari bangsaku. Anak bangsaku masih selama ini mempunyai peluang-peluang ini,peluang-peluang yang kebetulan dicipta dan disediakan untuk golongan professional dan pengurus bangsaku – sebabnya? Sebabnya kerajaan ku masih dikuasai oleh golongan politik yang terdiri dari bangsaku. Yang masih bertanggungjawab untuk membela nasib,maruah dan mertabat bangsaku. Yang masih prihatin terhadap serba-serbi kekurangan dan kelemahan yang dialami oleh bangsaku.
Tetapi senario yang begini adakah akan berterusan wahai anak bangsaku. Adakah keistimewaan ini akan berkekalan wahai bangsaku. Adakah peluang-peluang ini masih wujud secara berterusan wahai bangsaku. Adakah polisi-polisi yang menjadi payung dan tongkat untuk bangsaku ini akan terus dipertahankan, wahai bangsaku. Jawapan kepada semua ini tidak perlu sebenarnya dijawab. Apa pun jawapannya ia sebenarnya tidak akan merubah apa-apa kecuali kita wahai bangsaku yang harus berubah.Kita sebenarnya yang perlu memperluaskan tilikan terhadap kelemahan dan kekurangan diri kita.Bukan setakat menilik tetapi berusaha keras untuk mengatasinya.Kita sebenarnya perlu memartabatkan diri kita. Kita sebenarnya perlu mencemerlangkan diri kita. Kita sebenarnya yang mesti melahirkan lebih ramai anak-anak kita yang bergelar akauntan, bergelar peguam, bergelar doktor, bergelar jurutera, bergelar arkitek, bergelar pengurus, bergelar pilot, bergelar dentist, bergelar usahawan, bergelar ahli koporat dan bergelar saudagar.
Sebagai perbandingan anak siapa yang lebih ramai menjadi akauntan, peguam doktor, jurutera, arkitek, pengurus, dentist, usahawan, ahli koporat dan saudagar. Statistik jelas menunjukkan walaupun bangsaku merupakan kira-kira 60% penduduk negeri ini tetapi jumlah bangsaku yang terlibat dalam bidang-bidang professional yang aku sebut di atas adalah secara purata jauh bawah dari 30%. Di mana perginya anak bangsaku. Adakah selamaya setakat menjadi kerani, budak pejabat, “runner” dan dispatch, buruh, pekerja kilang dan pemandu sahaja. Ramaikah secara berbanding orang lain yang bekerja dalam kategori sebegini. Jawapannya juga tidak perluku perjelaskan secara panjang lebar. Hakikat tetap hakikat, realiti tetap realiti.
Golongan mana yang menguasai ekonomi negara. Adakah golongan kerani, budak pejabat, pekerja kilang atau pemandu. Atau golongan akauntan, peguam, doktor, jurutera, usahawan, ahli koporat atau saudagar. Jawapannya juga tidak perlu atau perjelaskan. Semua golongan penting. Semua golongan menyumbang kepada membangunkan negara. Tetapi persoalannya mana yang lebih menyumbang dan lebih besar menguasai ekonomi dan kekayaan negara ini. Golongan mana menerima pendapatan lima angka ke atas, golongan mana yang bertaraf dan bergelar jutawan. Jawapannya kepada soalan-soalan ini juga tidak perlu akan perjelaskan.
Berusahalah wahai bangsaku.Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa kapada anak bangsaku,galakkan anak-anak kita bukan sahaja berjaya dalam pelajaran tetapi berjaya sebagai seorang jurutera,berjaya sebagai seorang doktor.Berjaya sebagai seorang professional.Bukan setakat berjaya sebagai seorang graduan dalam bidang sejarah,ilmu sains tulin,ilmu alam,sastera,agama,kesenian,sosialogi,pengurusan atau ekonomi sahaja.Tetapi berjaya sebagai seorang jurutera,berjaya sebagai seorang doktor.Penuhi pasaran tenagakerja di negara ini dengan jurutera dan doktor.Jurutera juga boleh menjadi pengurus perjawatan,eksekutif pemasaran atau seorang DO atau PTD.Tidak menjadi kesalahan asal sahaja kita seorang yang pintar mengurus.Kuasailah ilmu pengetahuan wahai bangsaku,tetapi ilmu pengetahuan yang bertaraf professional.Kuasailah kekayaan wahai bangsaku. Perbaikilah taraf penghidupan kita sekarang wahai bangsaku. Anak orang lain boleh jadi akauntan, anak bangsaku juga boleh jadi akauntan. Anak orang lain boleh jadi jurutera, anak bangsaku juga boleh jadi jurutera.Anak orang lain boleh jadi usahawan, anak bangsaku juga boleh jadi usahawan. Anak orang lain boleh jadi ahli koporat dan saudagar anak bangsaku juga boleh jadi ahli koporat dan saudagar. InsyaAllah dengan kebijaksanaan, kegigihan dan semangat yang kental, bangsaku juga boleh bergelar jutawan .Jutawan di dunia dan jutawan di akhirat.
Know that you are born with an abundance of unigue inner talents, gifts and abilities. When challenges come your way, have faith that you are able to see them through with abundance as your state of mind instead of lack.
ReplyDelete