Aku anak kampung. Sebagai anak kampung apabila datang ke bandar, berbagai kejutan timbul. Suasana kampung dan bandar terlalu jauh berbeza. Secara fizikal kampung jauh berbeza dengan bandar. Dari segi kehidupan, kampung jauh berbeza dengan bandar. Dari segi sosial kampung jauh berbeza dengan bandar. Dari segi ekonomi kampung jauh berbeza dengan bandar.
Dari pengalaman dan pemerhatian ku, anak bangsa ku mudah meniru. Anak bangsa ku mudah meniru cara kehidupan di bandar. Anak bangsa ku mudah meniru keadaan sosial di bandar. Anak bangsaku mudah meniru kegiatan harian orang bandar. Hanya satu anak bangsa ku tidak pandai pula mereka meniru. Yang satu ini sukar benar anak bangsaku meniru. Anak bangsa ku tidak pandai meniru cara orang bandar membuat wang, cara orang bandar mengumpul wang, cara orang bandar mengumpul harta, cara orang bandar mengumpul kekayaan dan cara orang bandar menikmati dan menggandakan harta kekayaan mereka. Bab ini semua yang anak bangsa ku kurang dan lambat faham untuk meniru dan ikuti.
Anak bangsa ku mudah meniru supaya pandai menyanyi, anak bangsaku mudah meniru supaya pandai berdisko, anak bangsa mudah pandai meniru, melepak dan bersengkang mata di ‘coffee shop’ sehingga ke pagi,maghrib dimana isyak dimana subuh dimana. Anak bangsa ku pun dah pandai meniru untuk tinggal bersekedudukan dengan teman yang berlainan jantina. Anak bangsa ku pun pandai menagih dadah. Anak bangsa ku pun pandai untuk tidak lagi menunaikan sembahyang lima waktu. Anak bangsa ku pun pandai untuk tidak berpuasa di Bulan Ramadhan. Anak bangsa ku pun pandai membuang anak dalam kandungan, membuang anak di tepi masjid yang tentunya anak-anak ini di luar nikah.
Kalau dilihat dari segi ajaran agama ku Islam. Perbuatan-perbuatan yang anak bangsa ku pandai dan tetarik sangat mahu meniru ini lah yang sangat ditegah. Tetapi kenapa mudah pula anak bangsa ku ini melanggar segala tegahan ini.
Kalau dilihat dari segi ajaran agama ku Islam, usaha-usaha ke arah meningkatkan ekonomi diri sendiri adalah sangat digalakkan. Tetapi entah mengapa yang digalakkan ini pula yang menjadi sangat sukar mahu diikuti dan ditiru oleh anak bangsa ku.
Program-program realiti dan pertandingan yang bercorak hiburan anjuran stesen-stesen TV swasta atau milik kerajaan sangat diminati oleh anak bangsa ku. Ada sahaja program sebegini diseluruh bandar di negara ku akan dikunjungi dan disertai oleh berpuluh malah beratus ribu anak-anak bangsa ku. Seolah-olah hidup ini adalah mahu berhibur semata-mata sepanjang tahun. Ada sahaja hari cuti umum, tempat-tempat lapang awam akan dibanjiri oleh anak-anak bangsa ku. Mereka tidak lagi peduli waktu Zohor ke, waktu Asar ke, waktu Maghrib ke, waktu Isyak ke atau waktu Subuh ke. Mereka tidak lagi terikat dengan waktu-waktu sembahyang ini. Mereka tidak lagi berasa bersalah untuk tidak sembahyang. Mereka seolah-olah tidak lagi takutkan Allah S.W.T. Takutkan Allah S.W.T tidak lagi terlintas dibenak kepala anak-anak bangsa ku. Yang terlintas hanyalah keseronokkan, yang terlintas hanyalah memuaskan hawa nafsu.
Tak perlu lagi anak bangsa ku peduli apa akan jadi pada ekonomi bangsa ku keseluruhannya.Tak perlu lagi anak bangsa ku pedulikan tahap pencapaian pelajaran bangsa ku. Tak perlu lagi anak bangsa ku risau apa yang akan terjadi pada tahap ekonomi bangsa ku 10 atau 20 tahun akan datang. Itu mereka yang akan datang hadapinya. Sekarang aku mahu berhibur, sekarang aku mahu seronok, sekarang aku ingin bergembira. Biarlah orang lain fikir masalah ekonomi bangsa ku, biar orang lain fikir masalah pelajaran bangsa ku, biar orang lain fikir masalah sosial bangsa ku, biarlah orang lain fikir masalah politik bangsa ku. Biarlah orang politik fikirkan semua ini. Anak bangsa ku hanya perlu fikir, malam ini aku berseronok, esok aku bekerja di kilang atau pejabat , malam esok aku ingin ‘race motor’, esok kerja lagi, petangnya aku ingin lepak dengan kawan-kawan. Hari minggu nanti aku akan ikuti rombongan bermotosikal dengan ‘girl friends’ masing-masing dan bermalam di pantai-pantai peranginan. Dunia ini adalah syurga bagi ku.
Anak bangsa ku langsung tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu tentang kenapa bangsa lain yang kaya, bangsa lain yang kumpul harta, bangsa lain yang menguasai sektor koporat, bangsa lain kuasai sektor perindustrian, bangsa lain yang menguasai sektor komersial, bangsa lain yang menguasai sektor ‘import-export’, bangsa lain yang memiliki harta kekayaan. Kita tidak terlintas bagaimana nak terlibat kan diri dalam perniagaan import-export .Kita tidak terlintas bagaimana nak berjaya dalam sektor komersial dan e-commerce,bagaimana nak berjaya dalam sektor import-export contohnya.
Wahai anak bangsa ku, kita orang kampung. Baliklah ke pangkal jalan. Hidup tidak semudah yang kita fikirkan. Hidup tidak semudah yang kita khayalkan. Hidup perlukan tanggungjawab. Hidup perlukan pengorbanan. Hidup perlukan kerjasama. Hidup perlukan kekuatan ekonomi. Hidup perlukan kekuatan iman dan kerohanian. Hidup perlukan meritokrasi.Hidup perlukan persaingan.Hidup perlukan perjuangan. Hidup perlukan persediaan untuk kita hidup semula di akhirat kelak. Hidup perlukan kekayaan di dunia dan hidup perlukan kekayaan di akhirat. Bersedialah, bertindaklah segera dan lakukan sesuatu yang sewajarnya untuk menjamin kebahagian kita di dunia dan di akhirat.Tepuk dada tanya imam, bukan setakat tanya selera sahaja.
No comments:
Post a Comment