Aku anak kampung. Sebagai anak kampung perkara pertama terlintas di fikiran ku bila dewasa kelak ialah bekerja dgn kerajaan. Rata-rata inilah sikap kita sebagai orang kampung. Mesti belajar bersungguh-sungguh, dapat masuk universiti dan bekerja dengan kerajaan. Atau paling tidak walaupun bukan dengan kerajaan tetapi mesti makan gaji. Hakikatnya belajar tinggi-tinggi untuk makan gaji. Pendapatan adalah tetap apabila dapat makan gaji.Bila bersara ada pencen pula.
Keadaan sebenarnya telah banyak berubah, kita tak boleh bergantung dengan sektor kerajaan semata-mata. Kita tidak boleh selamanya berharap untuk makan gaji sahaja. Kita perlu memilih kerjaya yang lebih dari satu, yang boleh menambah pendapatan dan menguatkan ekomoni kita secara halal dan diberkati. Tak kira samada ia di sektor kerajaan atau swasta, bekerja sendiri atau berniaga. Kita perlu berusaha gigih supaya dapat mencapai kekayaan. Kita perlu tambah pendapatan, kerana melalui satu kerjaya sahaja kita hanya cukup untuk menampung hidup seharian. Kita kena pastikan pendapatan kita berlebihan. Pendapatan yang berlebihan sahaja membolehkan ia disimpan sebahagiannya di tempat yang selamat. Kita boleh simpan samada dalam bentuk amanah saham saperti ASB atau Tabung Haji atau beli emas keping dan jangan diusik-usik lagi simpanan itu. Sekiranya cukup cuba beli tanah atau bangunan. Tanah adalah bentuk harta terbaik.
Kita perlu kumpulkan harta mulai sekarang. Jangan terpedaya dengan nafsu yang mahu kita beli kereta baru, perabut baru dan sebagainya. Elak dari berhutang untuk beli kemewahan. Hakikatnya kita tak mewah kalau berhutang. Kita boleh berhutang tetapi berhutang hanya untuk berniaga yang pasti dapat gandakan pendapatan kita. Batasi ego dan nafsu kita, kerana keduanya akan menghalang kita dari berubah dan berhijrah ke arah kejayaan.
Ingatlah orang lain semakin kuat dari segi ekonomi mereka. Kesedaran perlu bermula sekarang juga. Kita mesti bermula dengan tambahkan simpanan dan kumpulkan harta untuk pertahankan keturunan dan bangsa kita dimasa hadapan. Kedudukan ekonomi dan politik kita sangat rapuh. Wang sekarang sudah mulai dapat membeli politik dan bangsa. Tanpa wang dan kekayaan sendiri menyebabkan orang lain akan membeli politik dan bangsa kita dan ini telah pun berlaku. Berlaku sekarang, bukan berlaku kapada generasi kita yang akan datang, tetapi di depan mata kita sekarang.
Setiap Rancangan Pembangunan Ekonomi Malaysia baik yang ke berapa sekali pun dimasa akan datang akan memberi tumpuan kepada program pembangunan sumber manusia dan sektor perkhidmatan.Sektor-sektor ini yang mempunyai potensi perkembangan yang besar khususnya yang berkaitan dengan teknologi hijau,teknologi penjimatan tenaga, marketing, trading,branding,finishing,franchais, biotech, ICT dan sektor pertanian yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan bukan lagi penekanannya terhadap sektor pembuatan. Peluang-peluang ini tidak boleh kita lepaskan lagi.Dahulu dalam sektor pembuatan kita masih belum bersedia dan telah pun terlepas.Jangan lagi setiap masa kita tidak pernah bersedia.Kita wajib setiap waktu bersedia dengan berbagai bentuk kemahiran dan professionalisma.Kita mesti rebut peluang-peluang ini sekarang.Kerajaan telah banyak kali tolong kita. Kali ini pun mungkin kerajaan masih membuat rancangan dan polisi khusus untuk tolong kita lagi. Tetapi jangan sia-siakan lagi peluang ini. Kita ada kekuatan baik dari segi tenaga mahir, jumlah tenaga kerja, jumlah pengguna dan kuasa beli untuk kita semua gembelingkan supaya kita mencapai kejayaan dalam sektor-sektor ini. Kerajaan mungkin tidak lagi beri tumpuan kepada sektor pembuatan, tidak mengapa, lagi pun kita tidak ada peluang langsung dalam sektor ini. Kita telah ketinggalan jauh. Kita mulakan perniagaan kita dalam sektor yang kita ada kekuatan. Dalam banking,perkhidmatan kewangan,petrolium,trading,import-eksport, jualan langsung,branding,finishing,ICT, francais dan pertanian.Kita ada berbagai sumber dan kemudahan,jangan sia-siakan segala kekuatan yang kita milikki ini,secara bersatu dan berkumpulan sebenarnya kita kuat.Lihatlah sahaja sebagai contoh,pasaran handphone boleh dikatakan setiap kita memilikkinya, jumlah SMS yang dibelanjakan, pengunjung pusat-pusat membeli belah, kebanyakkannya orang kita,anak-anak kita.Jangan hanya sebagai pengguna yang memperkayakan peniaga bangsa lain sahaja.Kitalah sepatutnya bertanggungjawap mengkayakan pemilik-pemilik perniagaan ini yang terdiri dari bangsa orang kita sendiri.Sebenarnya kita mampu sekiranya kita benar-benar bergabung tenaga dan tidak dipecah belahkan oleh sentimen politik yang terlalu kuat tetapi tidak matang!
Bermulalah untuk berjinak dengan alam perniagaan. Peluang-peluang terbuka luas dalam sektor-sektor yang disebut di atas. Walaupun secara kecil-kecilan tetapi dengan penuh komitment dan tekad, kita boleh berjaya. Jangan lagi setakat menjadi perkerja dan pengguna yang mengkayakan orang lain. Bermulalah untuk berniaga sendiri walaupun bermula di rumah sahaja. Ingatlah bahawa 9 dari 10 rezeki adalah dari sumber perniagaan. Ini sepatutnya jadi pegangan kita, bukan 100% berharap kapada makan gaji semata-mata.
Orang lain saperti orang cina di negara ini mulanya dan sehingga sekarang pun kaya kerana berniaga. Mereka mendapat sokongan tenaga kerja dan pasaran dari orang Melayu dan bumiputra. Kitalah yang membuat mereka kaya raya. Sekarang sampai masanya kita sama-sama menolong sama sendiri. Perniagaan Jualan Langsung, Trading dan runcit contohnya melibatkan lebih 70% manyarakat bumiputra sebagai pekerja dan pengguna. Dalam pada berusaha mengejar kekayaan, ramai juga kalangan kita yang kena tipu saperti melalui skim cepat kaya. Sebenarnya selera kita untuk menjadi kaya memang meluap-luap,s ebab itu sering tertipu. Kita tak boleh tertipu dan selesa lagi. Kita perlu berusaha lebih mengunakan tenaga dan kebijaksanaan untuk terus kukuhkan kedudukan kita dari pelbagai aspek kehidupan. Masa masih belum terlewat, kita perlu bersatu mengembelengkan kekuatan kita dari segi jumlah kita, kuasa beli kita dan pengaruh politik kita, supaya kita dapat perkasakan kewangan, kekayaan dan ekonomi kita. Sekarang tiba masanya untuk kita sama-sama bantu membantu, tolong menolong dan doa mendoa supaya kita berjaya dan dapat naikkan orang kita sendiri pula. Dah lama kita naikkan orang lain. Orang yg telah kita naikkan tak juga tolong naikkan kita kecuali kalau dalam proses tersebut mereka dapat menggandakan kekuatan dan kekayaan mereka, barulah mereka tolong kita, ‘ada udang disebalik batu’.
Tolonglah bangsa sendiri kerana ia adalah tulin dan dituntut oleh agama kita. Kita bertanggungjawap terus kapada apa yang bakal diwarisi oleh generasi kita di masa hadapan. Sempurna dan murninya tindak tanduk kita sekarang, cemerlang dan terbilanglah kehidupan generasi kita yang akan datang nanti, adalah bergantung kepada keputusan kita sekarang , samada terus menerus untuk makan gaji atau untuk berjaya melalui perniagaan. Berniagalah wahai bangsa ku,demi untuk kebahagian generasi kita di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment